eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Selamba Abang "Wrestling" Adik Dia, Gelagat Kucing Ini Mencuit Hati

 



kucing menjadi antara haiwan peliharaan manja yang disukai oleh semua orang malah aksinya yang comel juga membuatkan pemilik ‘geram’ dan merakamnya bagi dikongsikan kepada umum pula.

Mana tidaknya, di pelbagai aplikasi yang dapat membuat sesiapa sahaja berhubung tidak terbatas lagi hanya untuk berkongsikan tentang diri sendiri malah orang ramai sudah mulai kreatif bagi menghiburkan orang lain. Begitu jugalah dengan perkongsian gelagat beberapa ekor kucing ini.


Perkongsian daripada seorang pengguna aplikasi TikTok, NorAzwa ini pula memaparkan gelagat kucingnya dikatakan merupakan abang kepada anak-anak kucing kecil tersebut.

Diharapkan untuk menjaga adik-adiknya, tidak disangka-sangka pemilik haiwan terbabit lain pula yang berlaku sehingga mengundang gelak warganet melihatnya.

“Alkisah si abang suka melayan adik-adiknya. Tak tahu la ikhlas ke tak jaga adik-adik2nha tu…”




@rzwa85

Habis dia wrestling adik2 dia😩😩 ohnoooo #fyp #fypシ #catlover #cat #fypdongggggggg

♬ Oh No - Kreepa

Ini kerana, secara tiba-tiba kucing yang merupakan abang itu bertindak untuk mengusti salah seekor adiknya dan video yang menggunakan muzik popular itu digunakan tepat untuk berkongsikan momen itu kepada umum.


Sumber:rzwa85