Setiap dari kita akan memperoleh pasangan yang bermacam ragam ,dan disebalik kejayaan suami pasti ada wanita yang bergelar isteri disampingnya yang tidak pernah lelah untuk memberi dorongan dan semangat
Untuk menjadi pendorang pastinya mereka ini harus saling berusah dan besenang bersama tanpa rasa sesal
Tidak Semua Pasangan Melalui Kemewahan Di Awal Perkahwinan
Pasangan yang bahagia tidak semestinya dilimpahi dengan kebendaan atau kemewahan, kadang-kala cukup semuanya serba sederhana dan diberikan kasih sayang yang secukupnya.
Begitulah juga dengan kisah yang dikongsikan di oleh seorang lelaki bernama Mohd Najib Amin di aplikasi TikTok.
Menerusi aplikasi berkenaan, lelaki ini berkongsi satu rakaman video mengapa dia begitu sayang akan isterinya.
Kenapa Aku Sayang Sangat Isteri Aku Sorang Ini
Gelagat suami isteri ini didalam sebuah kenderaan dan memperlihatkan isterinya yang sedang menaikkan cermin van manual mereka.
Selain itu, lelaki ini turut menjelaskan wanita berkenaan tidak pernah merungut dan mengeluh dengan kehidupan mereka sedang lalui bersama ketika ini.
Sanggup Sama2 Susah Kita Mula Dari Bawah
Apa yang menyentuh hati adalah, isterinya yang dikenali dengan nama Fara Dila sanggup hidup susah dan menjalani pahit manis bersamanya sebagai suami isteri.
Malah, lelaki ini turut berjanji untuk bekerja dengan lebih keras lagi supaya dapat membeli kereta yang diidamkan oleh isternya suatu hari nanti.
@najibaminariffin Terima Kasih Umi ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜Insha Allah Kita mesti Boleh. #foryoupage #fyp #malaysia #fyppppppppppppppppppppppp
♬ Mimpi - Haqiem Rusli
semogan pasangan ini akan memperoleh kejayaan dan kehidupan yang selesa pada masa akan datang ,tidak akan ada yang senang datang sendiri tanpa bermula dari kesusahan.
Sumber: najibaminariffin