Pasangan lama pasti tidak boleh untuk berpisah walaupun sekejap mereka ini pastinya akan cepat merasa kesunyian jika salah satu tidak ada untuk mereka bercerita atau ketawa bersama
seorang gadis yang menggunakan nama @nadyarahmaan memuat naik sebuah video di aplikasi TikTok berkongsi kisah tentang datuk dan neneknya yang sudah lama tidak berjumpa.
Difahamkan lagi, datuknya itu sudah seminggu dirawat di hospital dan disebabkan penularan pandemik Covid-19 yang semakin meningkat, hospital perlu mengehadkan jumlah pelawat. Jadi, datuknya sudah lama tidak menerima kehadiran pelawat lain.
Namun, pada suatu hari Nadya dan ahli keluarga lain bercadang untuk membuat kejutan kepada datuknya. Mereka telah mengajak isteri datuknya turut serta menjenguk buat kali pertama selepas dimasukkan ke wad.
@nanaaaaaadddddddddddd Kemesraan bisa awet sampai tua 🥺 ##terharu ##kakekdannenek ##romantis ##romantiscouple ##sampaitua ##fyp ##foryoupage ##kemesraan ##cintasejati
♬ Cinta Sejati - Bunga Citra Lestari
Menerusi video itu, sebaik sahaja datuk melihat kelibat isterinya, warga emas itu berusaha untuk bangkit dari katil dan kedua-duanya saling berpelukan seerat-eratnya, seakan sudah lama tidak merasakan kehadiran masing-masing.
Malah, datuk kelihatan begitu sedih dan hampir menangis sebak apabila mengetahui kehadiran isterinya di sisi.
Selepas itu, bila nenek duduk di sebelah datuk, datuk terus mengajak isterinya berbual. Dia terus menjadi rancak berbicara. Mungkin ingin berkongsi tentang segala perasaan dan pengalaman sepanjang berada di wad tanpa kehadiran nenek.
Semoga mereka berdua sentiasa berada dalam kesihatan yang sihat dan cepat sembuh
Sumber:nadyarahmaan