eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Wanita Ini Dilamar Teman Lelaki ,Terlalu Gembira Sampai Mengamuk

 


Sebuah video yang telah meraih lebih 4 juta tontonan menunjukkan seorang wanita begitu gementar ketika dilamar oleh teman lelakinya.

Dilamar oleh orang kesayangan tentunya memberikan perasaan yang bercampur baur kepada seorang wanita apatah lagi jika adegan itu ditonton oleh ramai orang.

Jadi tidak hairanlah segelintir wanita akan memberi reaksi yang melampau seperti menangis atau menjerit kerana terlalu gembira, teruja, dan gementar.

Namun reaksi wanita dalam video yang tular di Twitter ini agak mengelirukan setelah dia mengamuk pada tetamu yang menyaksikan adegan itu.


Dalam video berkenaan dapat dilihat wanita yang dilamar itu kelihatan sebak dan cuba menahan air mata sambil menghulurkan tangannya kepada teman lelakinya yang sedang melutut untuk disarungkan cincin.

Namun dia terlalu gementar sehingga tangannya menggigil sementara tetamu-tetamu lain seronok bersorak dan mengambil gambar lamaran itu.

Akhirnya wanita itu menjerit sekuat hati sebelum mula memarahi tetamu dan menjerit di muka mereka agar mereka menjauhkan diri.

Gelagat wanita itu yang mengamuk dalam situasi gembira tersebut membuat netizen keliru dan geli hati. 

 Sumber:cantlose2x