eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) 2020/2021

 

Anugerah Juara Lagu 35

#ajl35 Anugerah Juara Lagu merupakan sebuah pertandingan muzik tahunan berprestij yang dianjurkan oleh stesen penyiaran TV3 bagi mengangkat karya komposer, penulis lirik dan penyanyi tanah air sejak tahun 1986. Setiap lagu yang dipertandingkan telah melalui pencalonan di program mingguan Muzik-Muzik, seterusnya bertanding di pentas Muzik-Muzik Separuh Akhir dan akhirnya 12 buah lagu terbaik dipilih untuk bertanding di Anugerah Juara Lagu.

Anugerah Juara Lagu 35 akan menobatkan Juara Lagu, Tempat Kedua, Tempat Ketiga, Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik.

AJL 35

Ahad, 14 Mac 2021, 9:00 malam

TV3

LOUNGE AJL 35

Ahad, 14 Mac 2021, 8:30 malam

Pengacara AJL35


Persembahan

Edisi AJL musim ini seperti lazimnya akan dibuka oleh persembahan penyanyi undangan.

Penyanyi yang mengambil bahagian dalam segmen pembuka tirai adalah Ella, Yonnyboii dan Naim Daniel.

Manakala persembahan 'interlude' yang menggunakan tema 'Projek Band' dibarisi penyanyi berkumpulan Hujan, Akim & The Majistret dan Hazama & The Penglipur Lara.

Mereka bakal mengalunkan lagu-lagu terbaik secara medley dan 'mash up', menerusi gandingan bersama penyanyi-penyanyi wanita tersohor negara iaitu Ziana Zain, Misha Omar dan Dayang Nurfaizah.

Tidak ketinggalan, sebuah lagu istimewa berjudul Baik Semula yang mengangkat kisah situasi yang berlaku di Malaysia kini, bakal dipersembahkan empat penyanyi hangat - Faizal Tahir, Tuju, Siti Nordiana dan Jaclyn Victor.
   
Waktu Siaran

Bakal berlangsung di Auditorium Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA) tanpa kehadiran penonton menerusi pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengawal penularan COVID-19.

Tarikh pertandingan yang asalnya dijadualkan pada 7 Februari 2020, ditangguhkan ke tarikh 14 Mac 2021.

Ia susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebelum ini.

AJL35 menemui penonton di saluran TV3, termasuk platform digital di tonton.com.my dan YouTube TV3 Malaysia.

Menambah kehangatan, rancangan Debaran AJL35 yang dikelolakan pasangan hos, Sherry dan Haziq bersiaran 6 Februari 2021, jam 5.30 petang.

Juga program Festival Muzik AJL selama empat episod bermula 10 Januari 2021, jam 9 malam bersama pengacara Awal yang ditemani hos jemputan seperti Ally Iskandar, Fara Fauzana, Rina Khan dan Charmaine Augustin.

FINALIS AJL 35


1. SHIHA ZIKIR, KMY KMO & LUCA SICKTA


LAGU: 7 NASIHAT

KOMPOSER:KMY KMO & LUCA SICKTA

LIRIK :KMY KMO & LUCA SICKTA

2. AISHAH



LAGU:AKU BIDADARI SYURGAMU

KOMPOSER:IPPO HAFIZ

LIRIK :SITI ROSMIZAH

3.WANY HASRITA & JAMAL ABDILLAH



LAGU :BELENGGU RINDU

KOMPOSER:HAEL HUSAINI & EZRA KONG

LIRIK :HAEL HUSAINI & EZRA KONG

4.ZIZI KIRANA



LAGU:EH

KOMPOSER:NAVIGATOR & ZIZI KIRANA

LIRIK :MAMBANG & ZIZI KIRANA

5.KAKA AZRAF, TUJU, NOKI


LAGU:GILA
KOMPOSER:NOKI, LOCA B & EZRA KONG
LIRIK :NOKI, LOCA B & EZRA KONG

6. ERNIE ZAKRI



LAGU:GUNDAH

KOMPOSER:ERNIE ZAKRI & SHARON PAUL

LIRIK :ERNIE ZAKRI & SHARON PAUL

7. HAEL HUSAINI



LAGU:HATI

KOMPOSER:HAEL HUSAINI & EZRA KONG

LIRIK :HAEL HUSAINI & EZRA KONG

8.FLOOR 88



LAGU:HUTANG

KOMPOSER:ZAI HAMZAH

LIRIK :ACHOI FLOOR 88


9.AZLAN & THE TYPEWRITER



LAGU:JANGAN KHIANATI AKU

KOMPOSER:DARK

LIRIK :DARK

10.AMIR MASDI




LAGU:KAU SAKITI

KOMPOSER:FAIZAL TAHIR, MIKE CHAN, EZRA KONG, ROMEO & MAGE

LIRIK :FAIZAL TAHIR, MIKE CHAN, EZRA KONG, ROMEO & MAGE

11. NABILA RAZALI



LAGU:PELUANG KEDUA

KOMPOSER:HAEL HUSAINI & MFMF.

LIRIK :HAEL HUSAINI & MFMF.

12.AINA ABDUL


LAGU:SEMALAM
KOMPOSER:AINA ABDUL
LIRIK :AINA ABDUL