eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

“Saya Keluar Daripada Agama Islam, Itu Lebih Afdal” – Sajat Luah Kecewa Apa Yang Berlaku Kepada Dirinya

 


Usahawan selebriti kontroversi, Sajat atau Muhammad Sajjad Kamaruzzaman membuat kejutan dengan memberi gambaran seperti mahu keluar daripada agama Islam.

Menerusi satu video yang tular, Sajat memaparkan isi hatinya tentang perkara berkenaan setelah berasa kecewa dengan apa yang berlaku serta orang di sekelilingnya.

“Tak salah kita buat research agama lain kan, sebab kita tak ada buat apa-apa lepas tu orang nak salahkan yang kita teruk. Lepas kes JAIS keluar statement tu, saya terus dah malas nak fikir.

“Saya cakap bukan nak mengugut ke tak, secara sumpah demi nama saya, nama ayah saya, nama mak saya, saya dah tak nak menjadi orang Islam. Saya keluar daripada agama Islam, itu lebih afdal. Saya tak main-main, saya cakap betul. Mereka yang buat saya nak keluar daripada agama Islam,” ujarnya menerusi video berkenaan.

Baru-baru ini pada 23 Februari lalu, usahawan kosmetik dan emas berkenaan telah dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam kerana tidak datang untuk sebtan kes berhubung menghina mahkamah.

Kemudian beberapa hari selepas itu, satu serbuan di kediamannya di Kota Damansara telah dilakukan oleh JAIS dengan bantuan anggota polis pada 27 Februari lalu, namun Sajat gagal ditemui.