eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Seram Bapa Kongsi Rakaman Menakutkan Anak Ditarik Ke Bawah Katil

 


Sebuah video yang tular menunjukkan seorang bapa berkongsikan saat menakutkan apabila anaknya ditarik ke bawah katil oleh satu entiti.

Rakaman dari kamera di bilik tidur bayi tersebut menunjukkan kanak-kanak itu sedang berbaring di hujung katilnya sambil bermain dengan permainan ketika jam menunjukkan pukul 11:37 malam.

Kanak-kanak itu juga dapat didengari bercakap seorang diri dan ketawa sebelum turun dari katilnya dan menjenguk ke bawah.

Klip yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @joshdean0222 itu disertai dengan kapsyen, “Anak perempuan aku ditarik ke bawah katil.”


@joshdean0222

#fyp#paranormal#needanswers#wtf

♬ original sound - Josh Dean

Menurut lelaki itu juga, isterinya pada awalnya berpendapat bahawa anak mereka merangkak ke bawah katil sendiri, namun setelah diperhatikan memang jelas bahawa kanak-kanak itu ditarik kerana kakinya tidak mencecah lantai.


@joshdean0222

#fyp#paranormal#wtf#ghost

♬ original sound - Josh Dean

Malah dalam video itu juga dapat didengari budak perempuan itu panik dan memanggil ibunya sambil menangis ketika dia ditarik ke bawah.

“Telefon terpadam ketika cuba post video…”


@joshdean0222

#fyp@sarahanne2

♬ original sound - Josh Dean

Rakaman tersebut yang turut diiringi muzik lama dari permainan kanak-kanak itu membuat ramai meremang. Malah apabila video tersebut dibesarkan, bapa kanak-kanak itu menunjukkan terdapat tangan yang menarik anaknya.


@the_miniromero

@joshdean0222 I’m use to everyone sending me my tiktoks when they see things. But now I get to send you this.. you can see the hand pull her in

♬ original sound - Mini Romero

“Siapa dengar suara suruh anak aku baring…”


@joshdean0222

#fyp#paranormal#

♬ original sound - Josh Dean

Sumber: joshdean0222