eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Tahyul Lakonan Aniq Suhair, Wani Kayrie, Cik B

Tonton drama 'Tahyul' bakal mengisi slot Samarinda TV3 bermula 12 Oktober ini, pada setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam.

JUDUL : TAHYUL
EPISOD : 18
TARIKH TAYANGAN : 12 Oktober 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
RANGKAIAN : TV3 - Slot Samarinda
PENULIS SKRIP : Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil
PENGARAH : Junaimeramfizal Rahmat (Che Mie)
PRODUKSI : Zeel Production Sdn Bhd
PELAKON : Aniq Suhair, Wani Kayrie, Cik B, Ahmad Adly Sofwan, Shah Khan, Rozita Che Wan, Tania Hudson, Aidit Noh, Fauziah Latiff

WATAK PELAKON
Aniq Suhair sebagai Afiq
Wani Kayrie sebagai Fathia
Cik B sebagai Illy
Ahmad Adly Sofwan sebagai Boy
Shah Khan sebagai Hakim
Aidit Noh sebagai Ghazry
Tania Hudson sebagai Mina
Fauziah Latiff sebagai Puan Qaseh
Rozita Che Wan sebagai Detektif Masni
Halmey Hamdah sebagai Ustaz
Nur Dania Miazara sebagai Sofea
Nur Raisha Izzara sebagai Iris

LAGU TEMA (OST)
Demi Kamu - Indah Ruhaila
Kuala  Lumpuh - Dunya

SINOPSIS TAHYUL
Sekumpulan pencipta kandungan dari laman sosial "Tales Of Tahyul" telah merancang untuk merakam aktiviti paranormal di sebuah banglo usang. Namun rancangan mereka itu hanyalah lakonan semata-mata bagi tujuan meraih tontonan netizen. Hakikatnya lokasi yang  dipilih itu meman dihuni oleh makhluk halus. Lakonan dan penipuan mereka bertukar menjadi tragedi setelah mereka menerima gangguan makhluk halus dan terperangkap di dalam banglo usang itu.

Episod 1
Jam menunjukkan pukul 2 pagi. Sekumpulan content creator yang dianggotai oleh Afiq, Boy dan Illy sedang melakukan rakaman di sebuah gua di sebuah perkampungan. Dalam rakaman Live IG itu, Afiq yang sedang merekod situasi, mengatakan gua itu dihuni oleh seekor pontianak. Sedang asyik melakukan rakaman, mereka menerima gangguan kelibat yang menakutkan. Mereka sempat merakam detik-detik cemas dan menyeramkan yang mengganggu mereka. Rakaman mereka berjaya meraih perhatian penonton yang memang mengikuti laman Tales of Tahyul di IG.

Episod 2
Penemuan rangka kanak-kanak perempuan telah menggemparkan penduduk Kampung Kaki Bukit. Rangka kanak-kanak perempuan itu dijumpai oleh remaja kampung yang melepak di sekitar kawasan hutan dalam dan gunung ganang. Kes itu telah disiasat oleh Detektif Masni. Heboh satu Malaysia tentang penemuan rangka itu.