eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Movie Sa Balik Baju

Filem terbaru terbitan Red Communications, Sa Balik Baju karya empat penulis dan pengarah Wanita dalam enam cerita berbeza. Dibintangi Mira Filzah, Juliana Evans, Kaka Azraff, Nadiya Nisaa, Sarancak dan Elena Moujing. Sa Balik Baju ditayangkan di laman penstriman Netflix pada 21 Oktober 2021.

JUDUL : SA BALIK BAJU
RANGKAIAN : Netflix
TARIKH TAYANGAN : 21 Oktober 2021
SKRIP : Junad Nor, Sarah Lois, Rafidah Abdullah, Afiza Asram
PENGARAH : Junad Nor, Sarah Lois, Umie Omar, Afiza Asram
PRODUKSI : Red Communications Sdn Bhd
PELAKON : Nadiya Nissa, Elena Laurel Moujing, Juliana Evans, Sarancak, Mira Filzah, Kaka Azraff,  Jo Kukathas, Chelsia Ng, Kahoe Hon, Jad Hidhir, Nicole Rinai Joachim, Alif Satar, Amirah Azmi, Lee Yvonne, Idris Khan, Haleeda, Azman Hassan, Joanne Kam

LAGU
Oh My - Nikki Palikat
Igauk - Mafidz
Bila Kau Dengar - Mafidz

SINOPSIS SA BALIK BAJU
Kisah enam wanita menempuhi tekanan moden daripada media sosial, pekerjaan dan hubungan pada zaman internet.

PROMO SA BALIK BAJU


PARA PELAKON SA BALIK BAJU

Kisah 1: Hak Peribody

Dahlia (Nadiya Nisaa), seorang penulis terasa kehilangan apabila syarikat majalah perempuan yang beliau bekerja telah tutup perniagaan. Beliau menyalahkan media sosial kerana ramai orang bergantung kepada media sosial dalam kehidupan seharian. Pada suatu hari, ketika Dahlia terdengar pertengkaran di antara seorang suami dan isteri, beliau mendapat inspirasi untuk memulakan perniagaan yang menjual pakaian dalam perempuan yang seksi untuk menghangatkan perhubungan antara suami isteri. “Hak Peribody” ditulis dan diarah oleh Junad Muhammad Nor.


Kisah 2: Love Clicks
Hannah (Elena Moujing) yang sentiasa menggunakan platform digital merasakan beliau telah jatuh cinta terhadap Pengguna Nombor 721 yang beliau telah kenal di aplikasi cari jodoh, “Love Clicks”. Masalahnya adalah, beliau tidak tahu bagaimana rupa pengguna tersebut kerana mereka hanya boleh melihat avatar masing-masing sahaja. “Love Clicks” ditulis dan diarah oleh Sarah Lois.
Kisah 3: Bukan Salah Ibu Mengandung
Punca pendapatan blogger kecantikan Myra (Juliana Evans) dan suami yang merupakan pengurusnya, Irfan (Aliff Satar) kini tergugat disebabkan beliau sedang mengandung anak pertama mereka. Disebabkan hormon yang tidak stabil, Myra menghadapi alahan yang teruk terhadap bahan kosmetik yang menyebabkannya untuk mendapat amaran daripada kliennya. “Bukan Salah Ibu Mengandung” ditulis oleh Rafidah Abdullah dan diarah oleh Umie Salwana Omar.
Kisah 4: Dalam Kain
Sierra (Sarancak) mempunyai pengikut media sosial yang ramai kerana beliau gemar berkongsi mengenai kehidupannya bersama suaminya, Hanif serta memberikan nasihat-nasihat perkahwinan. Akan tetapi, salah seorang pengikutnya telah terjumpa akaun suaminya di aplikasi cari jodoh, “Hunny Bunny” dan menyebarkan berita tersebut di media sosial. Ini telah menyebabkan Sierra dikeji oleh orang ramai. Sierra mengambil keputusan untuk mengikut rancangan rakan baiknya untuk mengetahui jika suaminya benar-benar sedang curang terhadapnya. “Dalam Kain” ditulis dan diarah oleh Sarah Lois.

Kisah 5: Angkat Kaki
Menceritakan tentang Aria (Mira Filzah), yang berkeinginan tinggi untuk mempunyai sebuah karier berbanding berkahwin dan mempunyai suami. Akan tetapi, bapa Aria yang merupakan seorang yang konservatif dan terlalu melindungi anak tidak bersetuju dengan keinginan Aria dan merasakan bahawa seorang perempuan tidak seharusnya bekerja dengan bersungguh-sungguh. “Angkat Kaki” ditulis dan diarah oleh Afiza Asram.

Kisah 6: Aset
Menceritakan tentang Salina (Kaka Azraff) yang sentiasa berasa risau dan malu tentang saiz payudaranya iaitu saiz DD. Beliau berasa lebih terganggu apabila rakan sekerjanya berkongsi gambarnya di media sosial. Beliau mengambil keputusan untuk pulang ke kampung. Ketika berada di dalam bas, beliau duduk di sebelah Sally (Joanne Kam), seorang perempuan yang lantang dan peramah. Perjumpaan secara tidak sengaja ini telah menukarkan pandangan Salina terhadap kehidupannya. “Aset” diarah oleh Afiza Asram dan ditulis oleh Rafidah Abdullah.