eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Katakan Pada Dia Lakonan Izzue Islam, Nina

 

Drama bersiri 'Katakan Pada Dia' diadaptasi daripada novel 'Selendang Anum' karya Prof Lim Swee Tin, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Drama 26 episod ini diarahkan oleh Pali Yahaya, diterbitkan oleh syarikat produksi KalamArif Holdings Sdn Bhd. Akan menemuin penonton di TV2 RTM.

JUDUL :Katakan Pada Dia
Tonton Full Episod: 1-26
Tarikh Tayangan: -
Waktu Siaran: -
Rangkaian: TV2 RTM 
Skrip: Maizura Ederis, Cik Lee
Pengarah: Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya)
Produksi: KalamAriff Holdings SB
Pelakon: Izzue Islam, Nina Kho Siew Ching, Silfeny Osman, Meor Mohd, Jasmine Ashraff, Jesse Lim, Janet Khoo, Shazia Rozaini, Chia, Amyza Aznan, Jasmin Hamid, Badrul Muhayat

Watak Pelakon

Izzue Islam sebagai Johan
Nina Kho sebagai Yoke Lin
Silfeny Osman sebagai Sakinah
Meor Mohd sebagai Ikhwan
Shazia Rozaini sebagai Haslina 
Jasmine Ashraff sebagai Badariah

Sinopsis Katakan Pada Dia

Mengisahkan tentang kegigihan dan ketabahan hati Yoke Lin, seorang gadis remaja yang sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM dan bercita-cita melanjutkan pelajaran hingga ke universiti. Dalam penantian menunggu keputusan itu, Yoke Lin mengisi waktu lapangnya dengan melibatkan diri dalam pementasan sebuah drama bertajuk ' Keris Pusaka' yang bertujuan mengutip derma bagi mengisi tabung membina asrama anak-anak yatim pelbagai kaum di tempatnya. Penglibatan Yoke Lin berlakon dalam drama Melayu dengan memegang watak Anum mendapat tentangan daripada bapanya tetapi mendapat sokongan daripada Encik Phang (yang bersikap terbuka), Sakinah, Aida, Mona dan sebagainya.

Yoke Lin sebagai generasi baru Malaysia berusaha menjayakan pementasan itu bertujuan menguatkan perpaduan dalam kalangan penduduk kampungnya yang berbilang kaum. Akhirnya, selepas menempuh pelbagai halangan, ibunya memberi galakan dan diikuti oleh perubahan sikap bapanya yang menyokong kegiatan seni dramanya itu. Bapanya memberi selendang kepada Yoke Lin untuk digunakan dalam pementasan drama purba itu sebagai dorongan kepadanya agar usaha positifnya itu akan berjaya dengan cemerlang untuk mengutip derma bagi membina asrama anak-anak yatim semua kaum itu.

PROMO DRAMA KATAKAN PADA DIA


PARA PELAKON DRAMA KATAKAN PADA DIA
PARA PELAKON DRAMA KATAKAN PADA HATI 2

PARA PELAKON DRAMA KATAKAN PADA HATI 4

PARA PELAKON DRAMA KATAKAN PADA HATI 6