eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Movie Hantu Mok Joh

 

Movie Hantu Mok Joh  1

Tonton Full Filem seram komedi, Hantu Mok Joh yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 17 Februari 2022. Hantu Mok Joh merupakan filem pertama terbitan Kentang Hijau Universal Production dan idea asal oleh pengarah filem ini sendiri, Asri Baq’U. Filem ini menampilkan pelakon Amerul Affendi, Fauziah Nawi dan Aloy Paradoks (Heri) sebagai teraju utama.

JUDUL :Hantu Mok Joh
Genre: Seram Komedi
Tarikh Tayangan: 17 Februari 2022 
Rangkaian: Astro First saluran 480
Skrip: Engku Seri Kelantan, Aloy Paradoks
Cerita Asal: Engku Seri Kelantan, Aloy Paradoks
Pengarah: Asri Baq’U Tajudin
Produksi: Kentang Hijau Universal Production

Watak Pelakon
Fauziah Nawi sebagai Mok Joh
Amerul Affendi sebagai Yem
Aloy Paradoks sebagai Heri
Aprena Manrose sebagai Dek Na
Kamarool Hj. Yusoff sebagai Pok Nik
Hushairi Husain sebagai Cikgu Wan
Asrulfaizal sebagai Peli Ayam
Pak Duan sebagai Pak Duan
Amir Raja Lawak sebagai Joe Bidin
Mek Yun sebagai Stawa Li
Kodi Rasheed sebagai Ustaz Hilal
Kuna Munzani sebagai Mek Nab
Bea Rameshan sebagai Mok Joh Muda
Norhamiza Md. Nor sebagai Mama As
Cikgu Mat Nasi Ulam sebagai Suami Mama As
Ahmad Abila Ariffin sebagai Tok Cha
Xid Haixal sebagai Yem Muda
Damak Peran sebagai Pok Nik Muda

Sinopsis Hantu Mok Joh
Pelbagai andaian mula muncul rentetan dari kehilangan Mok Joh. Antara yang paling popular ialah Mok Joh mati kerana melanggar sumpah Saka Mak Yong yang dipeliharanya. Namun yang menjadi misteri ialah, sehingga kini jenazah Mok Joh masih belum ditemui. 

Dalam masa yang sama, penduduk kampung mula diganggu makhluk yang dikatakan sebagai hantu Mok Joh. Kedai Kopi Pok Heng yang selama ini kekurangan pelanggan, kini menjadi ruang para penduduk membincangkan isu panas tersebut. Yem yang mendapat khabar tentang berita kehilangan ibu saudaranya itu segera berangkat pulang dari Kuala Lumpur ke Kelantan untuk mencari cerita yang sebenar.

PROMO HANTU MOK JOH