eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Aliff Syukri Ubah Versi Penari Gedik Ke Sopan Dalam Lagu Raya Selepas Dimarah Bonda


Sopan santun1

Bermula dari perkongsian teaser muzik video lagu Kelepok Raya nyanyian Aliff Syukri ini lagi sudah mendapat perhatian ramai. 

Lagunya bunyi agak biasa, namun penari latar pula yang ‘buat hal’ membuatkan muzik video dari usahawan kosmetik popular ini tular di segenap media sosial.

Buat korang yang belum saksikan teaser muzik video ini boleh saksikan dalam perkongsian menerusi lama sosial beliau


Bagaimanapun, video tersebut menerima kecaman dari netizen. Bonda Aliff Syukri marah melihatkannya dan meluahkan perasaannya seperti dalam rakaman berikut:

@my_name_is_kraken

♬ Selendang Mak Inang - Allahyarham Hamzah Dolmat

Memang pedas betul menyaksikan luahan bonda Aliff Syukri marah ini! Disebabkan itu, Aliff Syukri keluarkan pula video Kelepok Raya versi revise yang mana para penarinya nampak lebih ‘insaf’ dan menjaga perilaku masing-masing.




Memang win betul cara pemasaran Aliff Syukri bagi lagu hari raya beliau walaupun telah mengundang kemarahan netizen pada awalnya tetapi boleh diterima sedikit selepas sopan perangai para penari yang gedik sebelum ini