eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Chef Ammar Cuba Berlaku Adil ,Buat Peraturan Seorang 4 Set Sahaja

 

Chef Ammar Cuba Berlaku Adil Buat Peraturan Seorang 4 Set Sahaja1

Chef Ammar Ali sejak kebelakangan ini kerap disebut-sebut susulan beberapa isu viral berkenaan perniagaan Nasi Arabnya di Bazar Ramadan Shah Alam.

Pada awalnya, Nasi Arab yang dijual telah disifatkan sebagai ‘cekik darah’ oleh sesetengah netizen kerana mahal tidak padan dengan kuantiti.

Namun, ia disangkal oleh tukang masak tersebut dengan mengatakan yang dia telah menggunakan bahan masakan yang berkualiti tinggi.

Beberapa insiden lain seperti pembeli mengamuk kerana tidak dapat membeli Nasi Arab susulan ia habis lebih awal walaupun ada yang telah beratur hampir 3 jam demi mendapatkan juadah tersebut untuk berbuka puasa turut tular di media sosial.

@mrbukhari46 isu di bazaar stadium shah alam . kedai cheff ammar. #fypã‚· #fypã‚·゚viral #chefammarbazzarramadan ♬ original sound - Muhamad Bukhari

Setelah mendapat banyak rungutan daripada para pembeli, akhirnya Chef Ammar tampil memberikan ‘peraturan’ baru buat mereka yang ingin merasai sendiri Nasi Arab dari resepi keluarganya itu bagi mengurangkan masalah sama berulang.

Chef Ammar memaklumkan bermula Rabu,  setiap orang dihadkan untuk membeli 4 set sahaja.

“Sekarang semua yang datang nak beli sampai 15, 20, 25 pax. Saya faham ada yang beli untuk rakan satu tempat kerja, satu keluarga. Jadi seperti yang dibangkitkan, orang yang beratur di belakang tak dapat.

“Kami juga telah bercakap dengan pihak yang berwajib mengenai isu ini, dan mereka memberi pandangan dan nasihat. Menurut mereka, pelanggan tak boleh menyalahkan saya kerana perkara ini di luar kawalan saya.

“Jadi menurut mereka terpulang kepada pihak saya untuk membuat satu ketetapan atau solusi. Jadi mulai Rabu, setiap individu dihadkan untuk membeli dua pax kambing dan dua pax ayam… iaitu maksima empat pax. Ini peraturan dari kami demi berlaku adil kepada pelanggan,” ujarnya.

Chef Ammar Cuba Berlaku Adil Buat Peraturan Seorang 4 Set Sahaja4

Tambah tukang masak itu lagi, pihak mereka juga turut mengadakan express lane buat ibu-ibu hamil dan juga warga emas selain menambah juruwang untuk memastikan pembelian berjalan dengan pantas dan mudah.

“Sudah empat tahun kami buat express lane. Tapi ada yang ambil kesempatan. Kami cuba berlaku adil, tapi pelanggan juga kena sama-sama bekerjasama.

“Kemudian, ada juga pelanggan yang kurang bersedia. Bila sampai cashier, baru fikir nak beli apa, tanya menu sedangkan kita jual dua item sahaja. Bila macam ni, jadi lama. Kalau boleh kita nak servis secepat mungkin untuk jimatkan masa.

“Bagi saya, kita kena educate sikap masing-masing. Kami cuba berlaku adil, maka pelanggan juga harus adil sesama mereka. Makanan ini bukan untuk sesetengah orang, tapi kami buat untuk semua. Kami cuba beri yang terbaik di samping kekalkan kualiti,” katanya.

chefamar2

Sumber:Mstar