Sejak kes perbicaraan penderaan remaja perempuan sindrom down, Bella berlangsung, makin hari makin banyak video dan gambar-gambar yang dikongsikan oleh warganet di media sosial.

Ini termasuklah perkongsian sedutan video siaran program Wanita Hari Ini (WHI) pada 30 Julai 2020 yang lalu kini tular

Siti Bainun hadir sebagai tetamu jemputan

Difahamkan, dalam video tersebut pengacara cantik, Uyaina Arsyad menemubual pengasas Rumah Bonda iaitu Siti Bainun Ahd Razali.

Siti Bainun dikatakan hadir sebagai tetamu jemputan bagi membincangkan topik Berkorban Apa Saja.
@mr_lollipopppp Anugerah Pelakon Terbaik ni šŸ¤­šŸ˜Œ #bainun #justiceforbella #bella #tmj #lawyerbainun ♬ original sound - Mr.LollipoppppšŸ­

“Ramai sokong saya” – Siti Bainun

Menerusi video tersebut,  Siti Bainun diajukan soalan bagaimana dia mengenepikan segala tohmahan yang dilemparkan kepadaya.

Jelasnya dalam program tersebut, dia tidak memperdulikan tohmahan dan kata-kata negatif itu, sebaliknya perlu kekal beristiqomah.

Ini kerana anak-anak jagaanya adalah sumber kekuatan buat dirinya, selain mendapat sokongan daripada ramai orang.

“Kalau ada tohmahan, mesti ada orang yang sokong. Ramai orang yang sokong saya, yang sokong apa yang saya buat.

Anak-Anak  OKU pembakar semangat

Pada masa yang sama, Bainun itu menjelaskan dia tidak boleh berenggang dengan mereka.

“Nak tidur, senyum. Takkanlah saya nak sedih. Pagi-pagi saya bangun, saya cari dia. Tidur dengan saya. Itu kekuatan saya pagi, petang, siang, malam. Kalau saya tak tengok muka dia, tak boleh,” katanya.

Selain itu, Bainun mengatakan terdapat tiga anak-anak OKU di bawah jagaannya, termasuklah remaja perempuan Sindrom Down, Bella yang disahkan sebagai mangsa dera.

“Bella, Tulus, Jiwa. Bella saya baru ambil tiga minggu lepas,” katanya pada dua tahun lepas.

Uyaina Arshad kesal dan sedih

Walau bagaimanapun, perkongsian video tersebut mendapat perhatian ramai apabila mendengar kembali kata-kata yang diucapkan oleh wanita tersebut

Ini termasuklah pelakon dan pengacara berbakat besar, Uyaina Arsyad yang dilihat meninggalkan komen dengan meluahkan kesedihan dan kesalan apabila mengenangkan kembali momen tersebut.

Dulu Yana kagum dengan dia…

Menjengah ke Insta Story isteri kepada penyanyi, Raja Syahiran Raja Azhanrianshah, mengatakan pada ketika itu dia sangat mengagumi dan hormat pendirian Siti Bainun.

Menurut Uyaina atau mesra disapa Yana, dia hormat pendirian wanita itu kerana Bainun sanggup mengenepikan zaman muda untuk berbakti dan menyumbang tenaga dan masa kepada masyarakat.

Dulu Kagum Kini Kesal, Uyaina Arsyad Kenang Detik Temubual Bainun

Load Comments

Notifications

Disqus Logo