eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Lepas Aliff Syukri, Vida pula nak keluar MV lagu raya-“Sorang lagi buat hal”

 


Selepas Dato’ Seri Aliff Syukri dikecam hebat susulan muzik video lagu rayanya, kali ini seorang lagi usahawan kontroversi sedang menunggu waktu untuk melancarkan lagu raya ‘istimewa’ untuk Aidilfitri tahun ini.

Lagu baru lagi katanya

Siapa lagi kalau bukan Dato’ Seri Vida atau DSV apabila memuat naik ‘teaser’ MV terbaru dengan penampilan yang begitu mengejutkan ramai.

Dalam posting yang dibuat DSV, dia telah berkongsi mekap yang ditampilkan dalam MV tersebut dan meraih pelbagai maklum balas daripada netizen.



Ramai yang terkejut tengok rupa Vida

Tampil dengan mekap ‘over’ dan busana serba merah jambu terang, DSV kelihatan agak pelik sehingga ada yang terkejut melihatnya lebih-lebih lagi ketika waktu malam.

Dalam kapsyen yang dikongsikan, usahawan itu mengatakan lagu raya terbarunya yang bertajuk Muah Muah Raya ini pasti akan menaikkan semangat serta mood untuk berhari raya nanti.



Semua usahawan kosmetik berlumba2 buat lagu raya

Menjengah keruangan komen, sudah tentu kata-kata yang ditinggalkan netizen lebih kepada memberikan kecaman berbanding menzahirkan rasa tidak sabar menonton MV lagu raya usahawan itu.

Ada di antara mereka menyamakan kontroversi yang dilakukan tak jauh beza dengan Dato’ Seri Aliff Syukri sehingga dia dipanggil oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).