eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Movie Bunga Dan Kayu

Movie Bunga Dan Kayu 1

Penyanyi rap terkenal tanah air, MK K-Clique yang sebelum ini sentiasa tampil dengan imej ‘swag’, kini terus mencipta nama dalam industri seni dengan tampil berbeza menerusi watak romantis buat pertama kali menerusi filem romantik komedi kekeluargaan, Bunga Dan Kayu. Tambah menarik, MK telah bergandingan dengan pelakon filem Penunggang Agama dan juga merangkap penyanyi kumpulan De Fam, pengacara serta model, iaitu Azira Shafinaz. Keserasian mereka dalam menggerakkan watak Noah dan Bunga menjadi tarikan utama filem ini.

Tonton Bunga Dan Kayu bakal temui penonton Syawal ini iaitu bermula 3 Mei 2022 di Astro First, saluran 480. Ia merupakan hasil terbitan oleh penerbit dan produksi filem ‘Hantu Kak Limah’, ‘Sangkar’, ‘J Revolusi’, Infinitus Gold. Filem di bawah arahan Wann Hafiz ini turut memperlihatkan sinematografi menarik dan sesi penggambaran telah dijalankan di Berjaya Hills Bukit Tinggi dan Janda Baik, Pahang. Selain MK K-Clique dan Azira Shafinaz, Bunga Dan Kayu juga membariskan pelakon terkenal tanah air seperti Zalif Sidek, Azad Jasmin, Kazar, Elly Arifin serta salah finalis Big Stage, Yazmin Aziz.

Bunga dan Kayu
Genre: Romantik Komedi
Tarikh Tayangan: 3 Mei 2022
Rangkaian: Astro First 480
Skrip: Fairul Nizam & Modee
Pengarah: Wann Hafiz
Produksi: Infinitus Gold Sdn Bhd

Watak Pelakon 
MK K-Clique sebagai Noah
Azira Shafinaz sebagai Bunga
Zalif Sidek sebagai Farhan
Yazmin Aziz sebagai Pretty
Elly Arifin sebagai Zara Iman
Kazar sebagai Hameed
Azad Jasmin sebagai Encik Badri

Sinopsis Bunga dan Kayu

Noah seorang selebriti terkenal tanah air sengaja memilih Bunga sebagai kekasihnya atas sebab tertentu dan tidak munasabah. Sikap Noah menjadi lebih tidak terkawal apabila mendapat tahu gadis yang baru dikenalinya, Bunga menyimpan impian untuk menjadi seorang pelakon. Oleh sebab itu, Noah telah menawarkan peluang kepada Bunga yang bakal mengundang 1001 bencana, bukan hanya pada Bunya tetapi Noah juga.

PROMO BUNGA DAN KAYU