Pasangan sama cantik, sama padan iaitu Neelofa dan suaminya, Haris Ismail atau turut dikenali sebagai PU Riz mencuit hati warganet lagi dengan gelagat mereka di media sosial.
Pasangan ini sememangnya semakin disukai oleh warganet apabila membuat live di laman Instagram dan tidak semena-mena ‘terkeluar’ perangai lucu Neelofa mahupun PU Riz yang akhirnya juga viral.
Terbaharu pula, gelagat PU Riz yang tersasul mengundang Neelofa sendiri terkejut selepas berbual mengenai bahan yang ada dalam murtabak.
PU Riz yang tertanya-tanya satu bahan yang dilihatnya dalam murtabak mencetuskan tawa ramai selepas tersasul menyebut bijih timah dimana dalam pada masa yang sama, kedua-duanya ‘membanjiri’ ruangan fyp di aplikasi TikTok. Sehinggakan perkongsian semula ini juga ditonton ribuan kali.
@ainun.umirah Biji timah ye dalam murtabak tu 😅 #neelofa #harisismail #neelofaharis #fyp #fypã‚· #foryoupage #LiveForTheChallenge ♬ Funny - Gold-Tiger
sumber:ainun.umirah