eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

"Bella Makan 1,280 Cili Padi 30 Pembohongan Besar Saksi"-Peguam Siti Bainun

 

sitibainun2

Sebelum ini, saksi kelima yang juga merupakan bekas penghuni Rumah Bonda, Yasmin Nahar Mahmood memberi keterangan bahawa remaja Sindrom Down, Bella telah diberi makan 1,280 biji cili padi bagaimanapun didakwa sebagai pembohongan terbesar.

Menurut Peguambela Siti Bainun, Nur Aminahtul Mardiah Md Nor berkata, tidak ada laporan perubatan daripada doktor menunjukkan remaja kelainan upaya (OKU) itu telah diberi makan cili dan mengalami kecederaan dalaman akibat memakan cili yang banyak.


Dalam sesi perbicaraan tersebut, peguam bertanya kepada saksi bahawa memakan cili setiap hari akan menyebabkan tisu inflation dan boleh menyebabkan perut rosak serta heart birn.

Malah, peguam turut memaklumkan bahawa tidak menerima keterangan dari doktor atau laporan perubatan diserahkan mengenai kerosakan perut atau heart burn.

Kedua-dua pertanyaan tersebut dijawab ‘tak tahu’ oleh saksi kelima berkenaan.

Bukan itu sahaja, Nur A'minahtul Mardiah juga mendakwa bahawa Yasmin telah menipu apabila akan kenyataan Bella telah disiram air panas yang diambil daripada sebuah mesin air tersedia di apartment tersebut.

Menurutnya, mesin air itu telah rosak sejak 11 Mac 2021 iaitu bulan yang disebut oleh Yasmin sebagai permulaan Bella didera oleh Siti Bainun. Mesin tersebut telah dibaiki pada 22 Jun 2021.


Bagaimanapun, saksi memaklumkan bahawa dia tidak mengingati dan tidak tahu bahawa mesin air tersebut rosak.

Sebelum perbicaraan tersebut berhenti rehat pada pukul 1.00 tengah hari, Nur Aminahtul Mardiah mencadangan Yasmin telah melakukan 30 penipuan kepada mahkamah.

Bagaimanapun Yasmin menafikan semua dakwaan bahawa dia telah memberi keterangan palsu.


Sebelum ini, Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Dia didakwa melakukan perbuatan di sebuah kondominium di Wangsa Maju, di sini antara Februari dan Jun 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sumber:Malaysia Gazette (Khairulanuar Yahaya)