eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Shuib Melawat Kubur Siti Sarah,Buat Ramai Sebak “Setia Hingga Hujung Nyawa…”

 

Shuib12

Hampir setahun pemergian penyanyi, Siti Sarah namun sehingga kini masih ramai yang terasa kehilangannya. Semenjak pemergiannya itu, Shuib dan keluarga juga sering menjadi perhatian di media sosial.

Hari ini pula, Shuib ada berkongsikan video dia menziarahi kubur arwah isterinya itu sekaligus membuatkan ramai sebak melihatnya. Malah video tersebut juga kini tular dengan lebih tiga juta tontonan setakat ini.

@shuibsepahtu

Salam Jumaat ❤️ Jangan lupa sedekah kan Al Fatihah pd yg telah tiada,,Mereka sentiasa ada dlm Hati kita InsyaAllah

♬ original sound - Shuib Sepahtu

Di dalam video yang dikongsikan ini, Shuib dilihat sedang menziarahi kubur isterinya ini dan melakukan aktiviti pembersihan di sekitar kawasan itu. Turut kelihatan, Shuib membersihkan dan mencantikkan kubur tersebut dengan batu-batu dan pokok yang dibawanya.

Dalam masa yang sama, ramai yang turut sebak melihat gelagat Shuib yang bersungguh-sungguh membersihkan pusara isterinya ini. Malah rata-rata netizen turut sama memberikan kata-kata semangat kepada Shuib untuk kekal bersemangat meneruskan hidup bersama anak-anaknya.


Untuk pengetahuan, pemergian Siti Sarah pada Ogos tahun lalu mengejutkan ramai apabila dia disahkan meninggal dunia selepas ditidurkan selepas terkena virus Covid 19. Lebih menyedihkan, penyanyi itu juga tidak sempat menatap bayi lelaki yang dikandungnya selama lapan bulan itu.

Di ruangan komen, netizen turut mendoakan yang terbaik untuk Shuib dan keluarga. Menerusi ruangan kapsyen juga, Shuib turut meminta orang ramai mendoakan mereka yang telah pergi buat selama-lamanya.

Sumber: Shuib