eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Wanita ini Mengigil Sedih Hanya Mampu Tatap Wajah Ibu Kali Terakhir ,Dihari Kepulangannya

 


Satu kebimbangan buat anak-anak yang tinggal berjauhan dengan ibu bapa adalah apabila mendengar berita tidak diingani berlaku kepada orang tua mereka.

Lagi tidak terbayang apabila tidak dapat melepaskan rindu malah terpaksa terpisah buat selama-lamanya.

Ibu pergi di bulan Ramadan.

Sama seperti video dimuat naik Jasman Aman ini apabila memaparkan seorang wanita berlari-lari ke arah jenazah ibunya, Rohana Mohd Hatibe sebelum dikebumikan yang meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung, awal pagi Jumaat.


Difahamkan, wanita berkenaan tiba di tanah perkuburan di Kampung Pasir Putih, Tawau sekali gus sempat menatap wajah jenazah ibunya sambil dilihat menangis dalam keadaan menggigil.

Lebih memilukan apabila wanita berkenaan sudah merancang untuk pulang ke kampung halaman dari Kuala Lumpur tetapi sudah ditakdirkan arwah ibunya dijemput Ilahi pada hari sama.

“Kakaknya ni memang sudah rancang balik kampung hari ni (Jumaat). Tapi hari yang sama juga ibunya pergi dulu,” tulis Jasman dalam video tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet sebak melihat detik menyayat hati itu. Malah mereka juga menyifatkan perkara itu agak sukar diterima sekiranya berada di situasi wanita berkenaan.

Dalam pada itu, mereka turut menzahirkan ucapan takziah dan berharap ahli keluarga Allahyarham tabah akan pemergian insan tersayang.

@kandamus

Perginya seorang ibu di hari kepulangan anaknya.. 😭Pemergian yang di cemburui oleh setiap orang di bulan suci Ramadhan. Semoga arwah ibumu ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman.. Al-FatihahKepada anak2 perantau, pulang lah ke kampung halaman jumpa ibumu selagi mereka masih ada..

♬ bunyi asal - BG Mus
sumber:Jasman Aman