eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Wanita Ini Terharu Sahabat Anak Bantu Pikul Beg Sekolah Ke Kereta-“Sebab dia kawan saya,”

 

anak2

Persahabatan yang akrab selalunya bermula dari zaman persekolahan. Lebih-lebih lagi apabila bertemu dengan rakan yang memahami serta ‘masuk air’ bersama.

Bukan itu sahaja, pertemuan ini juga biasanya bermula dengan bantuan dihulurkan sehinggalah tanpa sedar menjadi akrab.

Bantu bawa beg setiap hari.

Itulah yang dikongsikan oleh Arizaothman apabila memuat naik momen mengharukan rakan anaknya yang membantu kanak-kanak tersebut.


Dalam video tersebut, dapat dilihat seorang pelajar membantu mengangkat beg anak lelakinya yang dipanggil Haziq ke dalam kereta.
@arizaothman

terima kasih sahabat😍

♬ Doaku Untukmu Sayang - Wali

Disebabkan anaknya lebih kecil berbanding kanak-kanak lain, rakannya itu membantu membawa beg bagi memudahkan pergerakkan Haziq.

“Kenapa selalu angkat beg Haziq?”

Dalam video yang lain pula, Arizaothman ada bertanya mengapa selalu mengangkat beg anaknya itu kepada pelajar berkenaan namun jawapannya cukup menyentuh hati.

“Sebab dia kawan saya,” luah pelajar berkenaan.

@arizaothman

😍

♬ bunyi asal - ariza6074.