eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Yasin Ajar Banduan Lain Mengaji Jadi Imam Solat di penjara

 


Abang kepada Yasin Sulaiman iaitu Zain Sulaiman memaklumkan bahawa penyanyi itu dalam keadaan baik setelah ditempatkan di Penjara Sungai Buloh atas dua pertuduhan mengedar dan menanam 17 pokok ganja.

Menurut laporan Harian Metro, dia dan ahli keluarga lain bergilir-gilir bagi melawat penyanyi berusia 46 tahun itu di penjara yang tidak lupa melakukan amal ibadah.


“Yasin dalam keadaan baik. Dia menjadi imam solat lima waktu dan tarawih. Dia gembira kerana dapat jumpa keluarga. Semangat dia positif. Dia tak boleh tekanan, itu yang kami risau sebab dia ada bipolar.

“Harap dia terus ambil ubat. Apa pun, dia stabil di sana. Dia juga beritahu, diberi layanan baik oleh banduan lain dan kakitangan di sana,”

“Dia banyak lakukan aktiviti yang membuatkan dirinya sentiasa positif. Selain menjadi imam, dia turut mengajar banduan lain mengaji. Setiap kali keluarga datang melawat, dia berkongsi perkara baik,” katanya.

Malah Zain berkata, dia juga akan membantu dua anak Yasin untuk melawat bapa mereka yang akan diuruskan dalam masa terdekat.



Selain itu, Zain berkata dia sekeluarga telah mendapatkan khidmat pasukan guaman selain turut melancarkan Tabung Bantuan Yasin Sulaiman agar dapat menampung kos guaman.

“Tujuan utama kami lancarkan tabung ini adalah untuk tampung kos guaman. Kos agak tinggi sebab membabitkan tuduhan yang berat.

“Alhamdulillah, sambutan sangat baik terutama dalam kalangan keluarga dan kawan-kawan. Mungkin selepas ini akan lebih banyak. Terima kasih atas sokongan diberikan terhadap Yasin,” ujarnya lagi.


Sumber: Harian Metro