eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Selalu Buat 'Content' Guna Duit,Youtuber Terkenal Promosi Judi ‘online’ dalam video YouTube?

 



Sebagai umat Islam, seharusnya sedia maklum bahawa hukum judi adalah haram dan sebarang keterlibatan dalam perkara itu sangat dilarang dalam agama.

Syarikat juga sponsor video…

Namun begitu, sejak semalam tular dakwaan yang mengatakan seorang influencer terkenal telah berkolaborasi dengan syarikat judi dan mempromosikannya dalam saluran YouTube.




Bukan untuk muslim katanya. Tapi…

Walaupun menjelaskan penggunaannya hanya untuk mereka yang bukan beragama Islam, namun video promosi tersebut wujud dalam salah satu video terbaru di YouTube influencer berkenaan.


Netizen juga sempat ‘menyelidik’ nama syarikat judi berkenaan dan didapati memang wujud serta sahih menjalankan perniagaan kasino.

Kenapa ambil sponsor syarikat judi?

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen di ruangan Twitter uzairyusuf dengan pelbagai maklum balas berkaitan tindakan influencer muda itu mempromosikan judi online di saluran YouTubenya.

Walau bagaimanapun ada juga pihak yang menegur tindakan kurang sesuai pemuda itu serta memberi cadangan kepada mereka yang faham tentang hukum hakam untuk terus menegur secara personal kepada influencer berkenaan supaya lebih jelas tentang permasalahan tersebut.



Setakat ini, belum ada sebarang penjelasan berhubung isu tersebut dan ada juga tidak berapa mengenali influencer berkenaan yang lebih terkenal dalam kalangan remaja.

sumber: @uzairyusof, @SyedAkramin