eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Almy Nadia tak kecil hati bentuk badan dikutuk,Minta henti makan

 


Bagi pengikut Datin Almy Nadia, mereka sedia maklum bahawa aktres itu sering membuat pelbagai reviu produk di media sosial miliknya sebagai salah satu cara untuk meraih pendapatan.

Namun begitu, terdapat seorang individu seperti kurang senang dengan bertindak melakukan ‘body shaming’ serta menghina fizikal pelakon berusia 36 tahun itu.



Menerusi satu perkongsian di laman Instagram, Almy berkongsi beberapa tangkap layar memaparkan komen individu tersebut meminta dia berhenti menikmati makanan yang dipromosikan.


Malah, salah satu komen turut mempersoalkan mengapa pelakon filem Dunia Baru The Movie itu mempromosikan produk mengurangkan berat badan sedangkan dia sendiri mempunyai badan berisi.


“Sis tolong berhenti senaman otot rahang awak. Tolong berhenti makan sis. Badan kau sendiri berisi kenapa nak promosi produk turun berat.

“Sis tak malu ke badan macam tu lagi la nak kongsi video tengah makan,” itu antara komen ditinggalkan oleh individu berkenaan.

Bagaimanapun, isteri kepada aktor Datuk Fizz Fairuz itu tidak terasa dengan kutukan tersebut sebaliknya berharap orang ramai dapat mendoakan agar individu terbabit menjalani kehidupan penuh bahagia.

“Posting ni maybe kejap ja, lepas tu kita delete. Cuma nak minta semua tolong berdoa agar yang menulis ni bahagia dunia akhirat, semoga pemilik akaun ni dapat redha dengan apa yang dia lalui.

“Maybe zaman makin moden ni dia kurang kasih sayang dan  kehidupan dia sedih sangat. Jom kita berdoa agar dia bahagia dunia akhirat..

“Minta semua doa yang baik-baik please, Saya tak kisah tau, saya sangat sangat ok ja,” kata ibu kepada empat cahaya mata itu.

sumber:Almy Nadia