eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Berani buat babak panas, pelakon akui tak menyesal -“Saya rasa lawak..”

 


Pelakon baharu Siti Hariesa akhirnya memberi kenyataan selepas dihimpit kontroversi babak panas bersama aktor popular, Zul Ariffin dalam drama Perempuan Itu.

Pelakon berusia 24 tahun itu mengakui akan lebih berhati-hati dan teliti dalam menerima sebarang tawaran berlakon pada masa akan datang.


“Saya tak hilang ke mana-mana. Cuma, saya bercuti selama sebulan selepas selepas penggambaran drama Perempuan Itu.

“Tindakan berdiam diri kerana saya tak mahu mengapi-apikan dan terus sensasi isu ini. Lebih baik saya membisu daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh mengeruhkan lagi keadaan,” katanya.

Siti Hariesa berkata, dia menyifatkannya pengalaman tersebut adalah melucukan apatah lagi namanya menjadi perbualan ramai kerana berani menjayakan babak seperti itu.


“Pada mulanya, saya rasa lawak apabila babak ini tular. Kemudiannya, barulah saya sedar beginilah perasaannya apabila diri ditularkan.

“Saya tidaklah menyesal kerana sebagai pelakon, saya kena profesional. Apa yang dilakukan atas tuntutan kerja, bukannya nak berseronok ataupun suka-suka,” ujarnya.

Terdahulu, pelakon yang bakatnya digilap daripada Drama Festival Kuala Lumpur 2019 itu mencetuskan kecaman ramai apabila didakwa lebih memilih wang ringgit berbanding menjaga maruah diri.


sumber:BH Online (Farihad Shalla Mahmud) ,Siti Hariesa