eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

“Dari 1997 terkena sampai sekarang…”-Ustaz Kazim Elias buang ‘makeup’ di meletop kongsi keadaan sebenar

 


Umum diketahui, sejak akhir-akhir ini pendakwah terkenal Datuk Mohd Kazim Elias mendapat perhatian ramai di media sosial selepas berkongsikan penyakit misteri yang dihadapinya.

Malah perkongsian Ustaz Kazim Elias itu menerima pelbagai komen positif mahupun sebaliknya namun secara eksklusif terbaharu di rancangan Meletop, Ustaz Kazim Elias hadir menceritakan keadaannya kepada umum.


Ustaz Kazim Elias dalam temubual dirinya bersama pengacara Meletop, Nabil Ahmad dan Elly Mazlein menafikan ia satu marketing atau sekadar propa untuk filem malah penyakit misteri dihadapinya juga difahamkan sejak tahun 1997 sehingga sekarang.

Walau bagaimanapun, meskipun keadaan kesihatannya sedemikian namun ia tidak menjadi penghalang buat Ustaz Kazim Elias berdakwah dan dia tetap ingin meneruskannya, kongsi pendakwah ini lagi di Meletop.

Ustaz Kazim Elias juga sanggup membuang makeup di wajahnya demi menunjukkan keadaan sebenar dialaminya malah ia turut mengejutkan buat Nabil Ahmad dan Elly Mazlein yang dapat melihatnya dengan lebih dekat.



Ujar Ustaz Kazim Elias di rancangan tersebut, juga dia perlu bangun dan sekurang-kurangnya ketika dia bekerja, dirinya dapat melupakan penyakit misteri dihadapinya. Namun dalam pada masa sama, Ustaz Kazim Elias turut berkongsi keadaan sebenar dirinya di bahagian wajah dan kedua kakinya.


Sumber:meletop