eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Gadis Ini Bangkit Bina Banglo Sendiri,Selepas Dihina Rumah Macam Kandang Kambing

 


Walaupun terluka dengan kata-kata hinaa yang pernah dilemparkan sebelum ini, namun siapa sangka ia menjadi pembangkit semangat untuk membuka satu lembaran baru yang tidak disangka-sangka.

Disangka mahu tumpang kekayaan bakal mentua.

Itulah yang dialami oleh gadis dikenali sebagai Eytamin ini apabila berkongsi kisah perjalanan hidupnya yang penuh onak duri.


Menurut gadis berkenaan, dia pernah ditinggalkan kekasih gara-gara tidak mendapat restu bakal ibu mentua disebabkan rumah yang didiami tidak seindah orang lain.

@eytamin

dihina rumah mcm kandang kambing 🐐 bukan dendam cuma terkilan ..

♬ Esok masih ada - Amsyarleee🌙

Bagaimanapun, selepas berbulan bulan kecewa dan menangis, gadis berkenaan mula bangkit mencari membuktikan kemampuan dirinya.

Siapa sangka pada tahun 2022, gadis berkenaan memiliki rumah sendiri sekaligus membuktikan bahawa dirinya bukan mahu menumpang mereka yang pernah menghinanya dahulu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum melihat semangat gadis berkenaan yang bangkit dari hinaan orang.

Malah, menjadikan gadis berkenaan sebagai inspirasi buat mereka untuk keluar dari kata-kata orang.

sumber:eytamin