eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Neelofa & Haris kira duit raya Bilal berjumlah 14 ribu – “Sama macam saving aku..”

 


Kali pertama menyambut Aidilfitri tahun ini, anak kepada pasangan selebriti Neelofa dan Haris Ismail iaitu Muhammad Bilal mendapat duit raya mencecah RM14,000.

Perkara tersebut dikongsi Neelofa menerusi satu muat naik video di aplikasi TikTok memaparkan dia dan suami sedang mengira duit raya dari sampul diterima anaknya yang berusia empat bulan itu.

Alhamdulillah terima kasih!

@neelofa

♬ Eid Mubarak - Aayat Arif

Menerusi rakaman berdurasi 45 saat itu, Haris yang juga pendakwah bebas mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi menghulurkan duit raya pada Muhammad Bilal.

“Jazakallahukhair kepada semua yang memberi duit raya pada Muhammad Bilal. Sampai ada duit 1000 Dirham.

“Jadi Bilal punya duit raya tahun ini, hasil kutipan RM14,020. Masya-Allah, hebat daripada kita lagi,” kata pendakwah berusia 27 tahun itu.

Meninjau ke ruangan komen, video berkenaan sudah meraih 1.1 juta tontonan dan lebih 3,000 komen netizen yang meluahkan rasa terkejut dan teruja apabila melihat jumlah kutipan tersebut.



Rata-rata membandingkan duit raya diterima mereka dengan bayi itu yang diibaratkan seperti ‘langit dan bumi’, malah pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga tidak mencapai jumlah tersebut.

Bagaimanapun, terdapat juga segelintir individu menegur pasangan itu supaya tidak perlu menunjuk-nunjuk rezeki diperoleh kerana boleh mendatangkan sifat riak.




Sumber:Neelofa