eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Isteri dedah suami curang dengan gadis 15 tahun?

 


Bukan mahu menyibuk hal rumah tangga orang lain, tetapi tuan empunya badan yang mahukan nasib diri terbela dengan meminta ia disebarkan bagi memastikan hubungan perkahwinan yang dibina tidak tercemar.

Rumah tangga diganggu budak 15 tahun

Hal tersebut dilakukan oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Aen Syafiqa apabila memuat naik beberapa gambar dan video bukti kecurangan suaminya dengan seorang remaja baru berusia 15 tahun.

Dalam kapsyen yang ditinggalkan, ibu dua anak itu memohon orang ramai supaya dapat  menularkan tentang gadis 15 tahun berkenaan kerana dikatakan sedang bermain cinta dengan suaminya hingga rumah tangga mereka berada di hujung tanduk.


Mak ayah gadis pula tuduh tak pandai jaga suami

Wanita terbabit memaklumkan yang gadis itu mulai memorak perandakan rumah tangganya pada September tahun lalu sehingga awal tahun ini.

Namun, suaminya mengakui silap dan memohon maaf. Akan tetapi, sejak bulan ini mereka kembali berhubung sehingga keluarga gadis terbabit mengatakan dia tidak pandai menjaga suami.

“pernah porak perandakan rumahtangga aku. dari bulan 9/2021 hingga bulan 1/2022 , aku maafkan . laki aku pun masa tu dah dapat balasan . tapi diam2 korang contact balik tanya khabar la konon ! bulan mei 202

2 masih berhubung eh , sampai family betine ni cakap aku tak pandai jaga laki ke? tolong viralkan. aku penat dah ni.” tulisnya.


Bebudak lagi dah sembang pasal cerai

Difahamkan, pengguna TikTok itu dan suaminya sudah dua kali bercerai namun tetap rujuk demi sayangkan anak-anak mereka.

Dia juga menunjukan tangkapan layar perbualan gadis tersebut yang meminta agar suami Aen Syafiqa menceraikannya.


Fight secara profesional di mahkamah

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai yang rata-rata geram dengan perosak rumah tangga orang walaupun baru setahun jagung serta sang suami yang sakan mengejar cinta budak bawah umur.
@aakiffatimah pernah porak perandakan rumahtangga aku. dari bulan 9/2021 hingga bulan 1/2022 , aku maafkan . laki aku pun masa tu dah dapat balasan . tapi diam2 korang contact balik tanya khabar la konon ! bulan mei 2022 masih berhubung eh , sampai family betine ni cakap aku tak pandai jaga laki ke? tolong viralkan. aku penat dah ni. #fyp #tiktok #dendamseorangisteri #masukberandafyp #tiktokmalaysia #senawang #serembanget #seremban #perampas #pelakor #tashamangkeh #fypã‚·゚viral #fyp ♬ Rancak Raya - Chorus - Fatia, Izzue Islam, Khai Bahar feat. Razmansyah, Yazmin Aziz