eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Kerana Wajah seiras Nurul Ain, netizen minta gadis ini supaya jangan ganggu suami orang

 


Kehangatan drama 7 Hari Mencintaiku 3 menemui kemuncak ramai orang semakin membenci watak Nurul Ain yang dimainkan oleh pelakon cantik, Wafariena Roslan yang dikatakan sering merosakkan rumah tangga keluarga Pak Samad.

Mana kan tidaknya, dia mengejutkan ramai orang bahawa sedang mengandungkan benih anak Pak Samad dan anak lelaki tersebut, Khuzairi sanggup menjadi ‘pak sanggup’ bagi menggantikan bapanya itu.

Kembar Nurul Ain?

Disebabkan kebencian orang ramai terhadap Nurul Ain, tularnya seorang gadis yang dipercayai memiliki rupa paras yang seiras dengan ‘perosak rumah tangga’ Pak Samad itu.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna yang dikenali sebagai @huriainn_, dilihat gaya tudung yang bulat dikenakan oleh gadis tersebut sememangnya tidak dapat disangkal lagi dengan kemiripan Nurul Ain.

Bukan setakat itu sahaja, malah bentuk kening dan pipi pauh dilayang itu boleh dikatakan hampir menyerupai Wafariena. Sayangnya, gadis berkenaan tidak memiliki dagu terbelah sahaja.

@hurinainn_

menantu mamakmu 👁👄👁

♬ original sound - Fear Of Love

Nama pun Ain jugak…
.
Bukan setakat stail tudung yang digayakan oleh gadis tersebut sahaja sama, malah nama yang dimilikinya turut mempunyai persamaan iaitu Hurin Ain meskipun tanpa perkataan Nurul di hadapan.


Jangan kacau Khuzairi dan keluarga Pak Samad!

Ekoran itu, ramai orang membanjiri di ruangan komen dan menghantar pesanan kepada Hurin Ain supaya tidak menganggu Khuzairi yang sememangnya dari Musim Kedua lagi mahu berkahwin dengan lelaki tersebut.

@hurinainn_ sama ka hm 🥹🥹#fyp #fypシ゚viralberanda #nurul7harimencintaimu ♬ original sound - YA乂AMANI

Perkongsian video berdurasi lima belas saat itu yang berjaya meraih 1 juta lebih tontonan , ramai mengasak soalan kepada gadis tersebut mengenai benih yang dikandung sama ada ia anak kepada Pak Samad atau sebaliknya.

Sumber:@huriainn_