eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Suka2 rampas tempat duduk sebelah tingkap dibidas ramai-“Benda boleh kecoh…”

 


Bagi sesetengah individu melancong atau sebagainya apabila menaiki bas mahupun kapal terbang pasti duduk di bahagian tingkap antara yang disukai ramai. Hal ini kerana, kita dapat melihat suasana luar yang jarang-jarang boleh dirasai.

Namun begitu, satu isu yang membabitkan individu yang suka-suka rampas tempat duduk di sebelah tingkap mengundang kemarahan ramai sehingga perkongsian oleh seorang wanita ini menarik perhatian warganet.


Ujarnya, individu yang rupanya sesuka hati rampas tempat duduk di tepi tingkap sememangnya wujud apabila dirinya juga mengalaminya, “Memula aku masuk tu seat aku dah ada orang duduk A9,” katanya lagi.

Melalui rakaman video penceritaannya ini, dia tentu sahaja tidak berpuas hati dengan individu yang merampas tempat duduknya kerana sudah membayarnya demi mendapatkan tempat duduk di tingkap.

Meskipun telah menegur individu yang selamba duduk di tempatnya ini, respon dia tidak hanya membuatkan pemilik akaun sahaja ‘panas’ malah warganet juga sama.


@yanalee270 #fyp #trend #perampas #flight ♬ Che La Luna - Louis Prima

Hal ini ternyata ramai mengalaminya apabila turut terjumpa dengan individu berperangai sedemikian malah ada yang berkata pernah dimarahi oleh seseorang yang sesuka hati mengambil tempat duduknya.