eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Wanita Maki Hamun Anak Sampai Kena Tegur,Penumpang Bas Tergamam

 


Tular di media sosial baru-baru ini apabila seorang penumpang bas berkongsikan satu situasi yang berlaku semasa dia menaiki bas. Di dalam bas yang sama, seorang wanita yang juga merupakan seorang ibu telah memaki hamun anaknya di sepanjang perjalanan itu.

Ianya bukan sahaja telah membuatkan penumpang lain tidak selesa mendengarnya malah ramai yang turut gerun apabila wanita itu turut memukul anaknya di dalam bas. Kejadian yang berlaku ini turut tular dikongsikan dengan lebih dua juta tontonan setakat ini.


 

Menerusi video yang dikongsikan ini, penumpang bas itu memberitahu dia terdengar seorang wanita yang tidak henti memaki hamun anaknya gara-gara kanak-kanak itu ingin membuang air besar. Menurutnya, suasana di dalam bas itu hanya terdengar suara wanita itu memarahi anaknya selama 8 jam penumpang lain terpaksa mendengar suara ibu tersebut.

Malah turut kedengaran suara tangisan anaknya setelah dipukul oleh wanita itu sekaligus membuatkan ramai bersimpati melihatnya. Tidak lama kemudian, seorang penumpang lelaki yang juga merupakan seorang anggota polis tampil dan menegur wanita tersebut.

Lelaki itu juga memberitahu akan melaporkan kepada pihak polis jika wanita itu terus memukul anaknya di situ. Tambah gadis itu pula, perjalanan yang mengambil masa selama lapan jam itu juga tidak tenang dan aman gara-gara gelagat wanita tersebut.

Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut bersimpati melihat nasib anak-anak wanita itu yang diperlakukan begitu. Dalam masa yang sama, ada yang menganggap mungkin juga wanita itu ‘burnout’ dan letih menjaga anaknya.