eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Suami Baran Buang Beras Dalam Tandas Undang Kemarahan Netizen

 


Baru-baru ini, tular di media sosial tentang perkongsian seorang isteri yang menceritakan gelagat suaminya yang panas baran. Tindakan lelaki itu yang sering membuang beras ke dalam tandas setiap kali bergaduh membuatkan ramai yang bengang melihatnya.

Malah ramai yang turut bersimpati melihat nasib wanita itu yang menjadi mangsa gara-gara sikap panas baran suaminya itu. Perkongsian itu juga tular dikongsikan di mana ianya meraih lebih tujuh juta tontonan setakat ini.

@nanaorlin10

nasibku

♬ suara asli - CANDRA DEWI MAHARANI


Kebanyakan netizen turut sama berasa bengang melihat situasi yang dikongsikan ini dan menasihati wanita itu meninggalkan lelaki tersebut. Malah ramai yang memberitahu sikap panas baran suaminya itu boleh membahayakan dia dan anaknya yang masih kecil itu.