eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Wawa Zainal kongsi kisah hidup, hampir nangis-“Saya adik beradik 23 orang,”

 


Sebut sahaja nama Wawa Zainal, ramai yang mengenalinya sebagai seorang pelakon namun semakin berjaya dirinya kini bukan sekadar selebriti malah juga sebagai seorang usahawan yang sudah berjaya menempa nama.

Walau bagaimanapun seperti insan lain, Wawa Zainal juga mempunyai kisah perjalanan hidupnya yang membuatkan dia kuat untuk berusaha mengubah nasib hidup diri dan keluarga.

Seperti ramai yang mengikuti Wawa Zainal pasti sering melihat dia hanya tersenyum gembira namun siapa menyangka dia juga mempunyai kisah perjalanan yang sukar dan perkongsian daripada dirinya ini bagaimanapun viral menjadi tumpuan ramai.


Dalam rakaman pendek ini, Wawa Zainal berkata dirinya bukan datang daripada keluarga yang senang dan mempunyai 23 orang adik beradik malah pernah berkongsi sebiji telur dengan adik beradiknya dan dalam pada masa sama, ujarnya dia juga ingin mengubah nasib diri dan keluarga.

@ril_glamrs #wawamoisturizer #cleanserwawa #wawazainal #fypdongggggggg #women #aerilzafrel #fypシ゚viral #fypage #fypシ #fyppp #fyp ♬ original sound - ril_glamrs
Perkongsian video tersebut bagaimanapun dipenuhi dengan pelbagai komen oleh peminat selebriti jelita berkenaan yang mana turut memuji usahanya yang kini telah berjaya menjadi seorang usahawan yang dapat membantu keluarganya pula.

sumber:ril_glamrs