eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Aeril Zafrel dilayan cef terkenal Salt Bae, Sekali tengok harga Rm10K termenung kejap

 


Aktor dan usahawan, Aeril Zafrel menjadi tumpuan netizen selepas menikmati hidangan stik di restoran mewah milik tukang masak terkenal iaitu Salt Bae sempena percutiannya di London, United Kingdom ketika ini.

Lebih menarik perhatian ramai apabila makanan yang dinikmati bersama isteri Wawa Zainal dan beberapa rakan lain seperti pasangan, selebriti Raf Yaakob dan Mawar Rashid mencecah sehingga RM10,065.

Menerusi satu video dimuat naik di laman Instagram, Aeril atau nama lengkapnya Suhairil Sunari dilihat sedang menyaksikan ‘pertunjukan’ tukang masak dari Turki itu dalam menyediakan menu daging istimewa.



Itulah, lepas ni kalau nak makan kena tengok harga dulu,” seloroh pelakon berusia 34 tahun itu seolah-olah ‘menyesal’ dengan harga hidangan tersebut.

Video berdurasi 45 saat berkenaan turut memaparkan dia ‘disuap’ oleh Salt Bae atau nama sebenarnya Nusret Gökçe selain berpeluang untuk merakam gambar kenangan bersama tukang masak profesional itu.

Pada penghujung video, pelakon drama Tercipta Satu Ikatan itu hanya mampu mengangguk-angguk kepalanya selepas menerima resit sebelum mengira jumlah harga makanan dalam Ringgit Malaysia.



Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi mengenai harga hidangan terbabit yang disamakan dengan makanan golongan kayangan.

Bagaimanapun, segelintir individu menganggap harga itu adalah berbaloi dengan kelazatan dan tahap populariti restoran berkenaan apatah lagi dihidang sendiri oleh Salt Bae.