eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Anzalna ingin bantu abang rider gendong anak –“Banyak barang2 baby nak bagi dia..”

 


Sikap prihatin ditunjukkan pelakon, Anzalna Nasir sekali lagi mencuri tumpuan apabila berhasrat ingin membantu seorang penghantar makanan yang mencari rezeki sambil menggendong anaknya.

Menerusi satu perkongsian InstaStory, Anzalna atau nama penuhnya Nur Anzalna Md Nasir mahu menghulurkan sumbangan dari segi keperluan bayi sekiranya anak rider tersebut adalah lelaki.



Anzalna berkata, pelbagai barangan bayi yang boleh disumbangkan apatah lagi dia sememangnya memiliki dua cahaya mata lelaki bernama Mohamad Eidrees dan Mohamad Emirhan.


“Anak abang (rider) ni lelaki ke? Kalau lelaki, boleh datang ke rumah Anzalna.. banyak barang-barang bayi nak bagi kat dia,” tulis pelakon berusia 34 tahun itu.

Sementara itu, pelakon drama Dendam Aurora itu turut meluahkan penghargaan kepada pendakwah selebriti Ebit Lew yang segera tampil membantu selepas kisah rider berkenaan tular di media sosial.

“Hanya Allah yang dapat membalas jasa Ebit Lew. Rezeki abang ni dapat motor baru,” kata Anzalna.

Hari ini, Ebit menghadiahkan sebuah motosikal baharu kepada bapa tiga anak itu selain memintanya mencari pengasuh supaya bayi digendong tidak perlu dibawa sekali ketika keluar bekerja.

Sebak tengok video tular

“Sebak bila lihat video adik ni bawa anaknya sambil kerja menghantar makanan. Motor pinjam dengan mertua. Isteri kerja butik baju. Duit tak cukup. Menangis je masa jumpa tadi. Terharu dapat berjumpa.

“Saya hadiahkan motor baru untuknya dan minta adik ni cari pengasuh untuk anaknya. Nanti saya akan bantu bayar bulanan pengasuh. Ulang kali abang ni ucap terima kasih,” kongsi Ebit.

Moga hidupnya dipermudahkan

Kisah lelaki yang juga bapa tiga anak itu mengundang sebak ramai selepas seorang pengguna aplikasi TikTok, @abamskhai melihat kesungguhan ‘rider’ tersebut di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur sebelum bertanya lebih lanjut mengenai situasi sebenar.

Usung anak umur setahun


Sumber: Instagram Anzalna Nasir,TikTok @abamskhai