eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Bengang sikap penduduk flat,Guna tong sampah & motor cop parkir

 


Sejak akhir-akhir ini, pelbagai gerak geri penduduk di kawasan perumahan flat sentiasa menjadi perhatian ramai. Bermula dengan ubah suai struktur binaan malah sekarang ini pula kegiatan cop parkir yang menggunakan pelbagai jenis barang sebagai penanda.

Guna tong sampah, motor untuk cop parkir

Susulan itu, beberapa rakaman video telah tular di laman Facebook yang memaparkan beberapa kegiatan penduduk kawasan perumahan flat yang bertindak melakukan cop parkir menggunakan tong sampah di kawasan parkir yang dikatakan ‘milik’ mereka.


Dalam video yang dimuat naik memaparkan seorang wanita menarik tong sampah dan meletakkan dalam kotak parkir selepas mengeluarkan keretanya meskipun tempat tersebut adalah kawasan terbuka.

Menerusi video lain pula, dapat dilihat seorang lelaki mengambil masa lebih satu minit untuk ‘adjust’ motosikalnya di dalam satu petak parkir sebagai tanda miliknya.

Sehubungan dengan perkara itu, rata-rata wargent mengecam akan tindakan pentingkan diri individu berkenaan.

Bahkan mereka berharap agar inidvidu-individu berkenaan dikenakan tindakan atas sikap tersebut memandangkan cop parkir itu adalah satu kesalahan.