eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Burger Ayam Special Tepi Jalan Cecah RM23"Melampau harga"

 


Malaysia memang terkenal dengan makanan. Boleh dikatakan tidak kira masa bermacam jenis makanan boleh didapati. Salah satu menu popular adalah burger yang banyak dijual di gerai tepi jalan mahu pun di kafe-kafe.

Berdasarkan perkongsian seorang pembeli dikenali sebagai Nana Ng, dia terkejut bila harga burger tepi jalan yang dibelinya mencecah puluhan ringgit. Bukan dia jer terkejut, korang yang baca artikel ni pun mesti macam tak percaya jer.



Nana turut kongsikan gambar burger yang dibelinya di Kepong, Kuala Lumpur. Tengok pada gambar nampak burger special biasa jer tapi kenapa sampai RM23 tu?

Niaga burger tepi jalan, bungkusan pun alahai, RM23 macam tu?

Saya tanya tiga kali untuk mendapat kepastian, dan dia bagitahu itu adalah harga untuk burger ayam special.

Ini bukan burger special, ini harga yang special – netizen.

sumber:Nana Ng