eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Fasha kongsi nama anak sulung Elisya Sandha,“Cantiknya ‘baby’ Bunga El Haq”

 


Sejak semalam, keluarga pengarah dan juga pelakon, Sheila Rusly serta Jinggo Azman diselubungi rasa gembira apabila menantu sulung mereka, Elisya Sandha selamat melahirkan seorang bayi perempuan.

Selamat bersalin anak perempuan

Aktres cantik tersebut telah bersalin di salah sebuah hospital swasta dan berada dalam keadaan sihat.

Sheila Rusly juga sempat berkongsi gambar tangan cucu pertamanya di Instagram dengan mengucapkan rasa syukur je hadrat Ilahi.



Kongsi nama anak saudara

Selain keluarga Uzair Haqimy yang berkongsi khabar gembira itu, kakak kepada Elisya yang juga pelakon terkenal, Fasha Sandha turut meluahkan rasa syukur atas kehadiran orang baru dalam keluarga besar mereka.

Dalam muat naiknya di Instagram, Fasha sempat mendedahkan nama bayi sulung Elisya iaitu Bunga El Haq.



Bergelar bapa pada hari bapa

Lebih menggembirakan lagi, suami kepada Elisya yang juga anak pertama pasangan pengarah tersohor , Uzair Haqimy telah menimang cahaya mata sehari sebelum sambutan hari bapa.

Sudah tentu ia adalah momen yang sangat istimewa lebih-lebih lagi menjadi seorang bapa kepada anak sulungnya.

 

sumber:Sheila Rusly, Fasha Sandha, Jinggo Azman