eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Pengantin perempuan tahan malu, Perangai rakan suami tak senonoh bagi hadiah ‘bukan2’

 



Meraikan sahabat kita yang baru melangsungkan perkahwinan semestinya memberi kegembiraan tersendiri  buat mereka memandangkan sudah menggalas tanggungjawab yang lebih besar.

Seeloknya sebagai rakan, kita mendoakan sahabat dan pasangannya berbahagia hingga ke Jannah dan menjaga rumah tangga yang baru dibina dengan baik.

Bagi kondom di majlis sanding

Namun, satu video gurauan kasar rakan-rakan sepasangan pengantin di majlis persandingan telah tular apabila memberikan ‘hadiah’ yang tidak patut untuk mereka.

Menerusi video yang dikongsikan semula akaun Twitter Malaysia Most Virall, pasangan pengantin yang sedang berada di pelaminan dilihat kurang selesa memandangkan rakan-rakan mempelai lelaki memberikan pelbagai jenis ‘hadiah dewasa’ ketika bersalaman.


Walaupun mereka merasakan gurauan tersebut kelakar dan tidak menjadi masalah kerana pernah terjadi trend sebegitu, namun secara logiknya ia sangat memalukan kerana perkara terbabit adalah rahsia suami isteri.

Buat malu jemput kawan2 perangai tak senonoh

Susulan daripada itu, ramai yang meninggalkan komen dengan mengecam tindakan pemuda-pemuda di dalam video berkenaan dan menganggap apa yang mereka lakukan sangat biadap.

Netizen juga berharap agar trend kurang cerdik seperti ini tidak dijadikan kelaziman kerana ia bukanlah satu budaya yang bagus lebih-lebih lagi dengan gurauan dewasa seperti itu kepada mereka yang telah berkahwin.



sumber:@Malaysiavirall