eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Filem Mat Kilau 'Laku Keras' Cecah 11 Juta dalam masa 4 Hari

 


Filem Mat Kilau yang menjadi bualan hangat kini telah pun berjaya mengutip RM11 juta pada hari keempat tayangannya di pawagam. Sebuah filem arahan pengarah berbakat besar, Syamsul Yusof ini sememangnya sesuatu yang sudah lama tiada seumpamanya.

Dibintangi pula oleh barisan pelakon hebat seperti Adi Putra, Fattah Amin dan ramai lagi. Memang sesuatu yang cukup mengagumkan! Sebelum ini Syamsul Yusof berkongsikan tempat duduk penuh ditempah pada hari pertama tayangan filem Mat Kilau ini.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Golden Screen Cinema (GSC)  yang dimuat naik di laman Facebook rasmi, GSC.

Sudah tidak dinafikan lagi Mat Kilau – Kebangkitan Pahlawan telah menarik perhatian ramai penggemar filem tanah air negara khususnya pencinta sejarah kepahlawanan Melayu terdahulu.

Hasilnya, ia telah mendapat RM11 juta dalam tempoh kurang dari empat hari sejak mula ditayangkan pada 23 Jun baru-baru ini.

Sebelum ini, setakat siang tadi, filem karya Syamsul Yusof ini telah pun berjaya meraih RM 7 juta dalam masa tiga hari sahaja, kongsi TGV Cinemas.

Terdahulu, filem Mat Kilau yang menjadi fenomena ketika ini dalam mengembalikan nostalgia sejarah kebangkitan pahlawan-pahlawan Melayu telah mencatat kutipan tertinggi dalam sejarah perfileman epik Melayu di Malaysia.



Menurut pengarahnya, Syamsul Yusof, Mat Kilau berjaya mencatat kutipan box office biarpun baru dua hari sahaja ditayangkan setakat Jumaat baru-baru ini.

Perkara tersebut diumumkan sendiri oleh Syamsul apabila filem terbitan bersama Kembara Studio dan Skop Productions itu telah mencatatkan kutipan sebanyak RM2.8 juta setakat Jumaat, di mana pada hari pertama tayangan sahaja mereka telah berjaya memperoleh RM1 juta.

Sumber: Facebook GSC