eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Gadis 21 tahun Tolak hadiah BMW tak sangka dapat miliki Tesla

 


Tular di platform TikTok apabila seorang gadis berjaya memiliki kereta elektrik Tesla sehingga menarik perhatian ramai.

Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna yang dikenali sebagai Nini, dilihat dia sedang menunjukkan rutin hariannya sebagai seorang pemilik kereta Tesla di Malaysia.


@ninicomei My routine as a tesla owner in Malaysia #teslamalaysia #teslamodel3 #nbos1305 #ninicomei ♬ original sound - NiniComei

Menurut laporan mStar, gadis berusia 21 tahun mendedahkan kereta mewah tersebut sebenarnya hadiah pemberian daripada syarikat jual beli emas digital yang disertainya sejak tahun 2020.

“Kereta ini sebenarnya ganjaran daripada syarikat. Saya dapat dua buah kereta BMW sebagai reward, saya request tukar kepada Tesla.

“Saya tak sangka akan dapat Tesla dan memang saya sujud syukur selepas itu,”ujarnya yang baru sahaja menerima kereta tersebut pada bulan Mei lalu.



Disoal mengenai pengalaman pertama kali memandu Tesla, Nini mengakui dirinya tidak takut cuma berasa sedikit gementar dan risau kerana tidak tahu lokasi untuk caj bateri.

“Ketika pertama kali dapat pandu Tesla, saya tak rasa takut cuma gementar sikit. 

“Masa awal dapat kereta, saya tak tahu nak caj di mana dan risau bateri tak cukuplah pula. Tapi, alhamdulillah setakat ini semuanya berjalan dengan lancar,”luah Nini


Pada masa yang sama, Nini mendedahkan dirinya sudah lama berjinak dalam dunia pelaburan sejak berusia 15 tahun lagi selepas mempunyai keinginan untuk memiliki sebuah iPhone dan ibunya hanya memberikan RM50 sahaja.

“Saya mula buat investment dan networking sejak umur 15 tahun.

“Sejujurnya saya bukanlah dari orang senang. Tak kaya cuma cukup-cukup makan sahaja. Pada umur 15 tahun, saya nak sangat memiliki sebuah iPhone dan ibu cuma bagi RM50 semasa menyambut ulangtahun kelahiran ke-15 sebab dia tak mampu.

“Bermula saat itu, saya belajar untuk melabur bagi gandakan duit. Saya banyak try and error,”terang pelajar bidang Perniagaan Antarabangsa itu.

Walau bagaimanapun, kejayaan yang dikecapi dan dikongsikan oleh gadis ini tidak diterima ramai apabila terdapat segelintir warganet meninggalkan komen yang negatif.

Untuk makluman, Nini hanya perlu melanggan sebanyak RM240 setahun untuk pergi caj di pusat membeli-belah dan harga Tesla yang dimilikinya itu dalam RM450,000.

Semoga lebih ramai anak muda berjaya seperti Nini pada masa akan datang.

Sumber: mStar (Mohd Izzat Mohd Khalizan),  @ninicomei, @ninicomei