Gandingan dua pelakon dan pelawak, Shuib dan Jep Sepahtu sentiasa memberikan yang terbaik untuk menghiburkan penonton. Kedua-dua lelaki ini sememangnya berbakat besar dalam menghiburkan orang ramai.
Masing-masing memiliki kelebihan dan keistimewaan tersendiri. Bila bergabung memang tak kering gusi dibuatnya! Baru-baru ini satu perkongsian rakaman dengan paparan lakonan di pentas Shuib bersama Jep telah mencuri perhatian warganet.
Menerusi perkongsian itu kelihatan kedua-duanya sedang asyik membawakan karakter masing-masing. Namun begitu, memang tidak sah kalau Jep bertemu Shuib dan ketawa terbahak. Kedua-duanya memang cukup serasi dan menghiburkan!
Berikut adalah perkongsian rakaman yang memaparkan lawak Shuib dan Jep yang dimuat naik semula oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun mattbereh:
@mattbereh Aku takbyor kau tau..udah udah la tuu😂😂☑️#foryou #shuibsepahtu #jepsepahtu #fypã‚· #mattrandom🤪 #lawakmalaysia #metoosmile #xyzbca #TakeBestShot ♬ original sound - MATTRANDOM☑️
Ada sahaja idea lawak Shuib dan Jep ini yang membuatkan ramai terhibur! Perkongsian rakaman lakonan mereka berdua ini telah meraih lebih 400 ribu tontonan dan 37 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian rakaman ini di ruangan komen seperti berikut: