eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Guru sebak tengok murid darjah 1 tinggal di flat penuh sampah

 


Siapa tidak sedih melihat kanak-kanak yang masih bersekolah kehilangan ibu tersayang. Namun, dugaan tersebut tetap harus dilaluinya kerana takdir sudah tertulis begitu.

Hal tersebut samalah seperti perkongsian seorang guru di akaun TikTok menggunakan nama @reezmell apabila memuat naik video menziarahi anak muridnya yang bernama Aqila.

Ibu meningal kerana kanser lidah

Menerusi video tersebut, dia memaklumkan yang Aqila baru sahaja kehilangan ibunya yang ‘pergi’ kerana kanser lidah.

Difahamkan, pelajar berkenaan tinggal bersama ibunya di sebuah rumah flat sehingga allahyarham meninggal dunia.



Kawasan rumah penuh sampah sarap

Apa yang membuatkan para guru yang hadir ke rumahnya sebak adalah kondisi tempat berkenaan yang dipenuhi dengan sampah sarap.

Dapat dilihat sampah berselerakan sehingga lantai bangunan tersebut basah kesan air sampah yang dibuang. Kondisi di dalam rumah juga agak daif memandangkan pelajar tersebut dalam golongan kurang berkemampuan.


Walau bagaimanapun, usaha untuk bertemu dengan Aqila tidak kesampaian kerana dia kini tinggal bersama ibu saudaranya buat sementara waktu.

Di akhir video tersebut, @reezmell telah mengagumi kanak-kanak berkenaan kerana tetap bersemangat untuk ke sekolah walaupun diuji dengan kehidupan yang kurang sempurna serta kesihatan ibunya sebelum ini.


Belajar rajin2 dik, ubah nasib keluarga

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengakui berasa sayu mendengar perkhabaran serta dugaan yang menimpa pelajar yang baru berusia 7 tahun itu.

Dalam usia yang masih terlalu muda, dia perlu melalui situasi yang cukup sukar lebih-lebih lagi kehilangan ibu tersayang. Justeru itu, rata-rata daripada warganet mendoakan agar Aqila terus kuat dan tabah melalui kehidupan ini serta berharap supaya dia membesar menjadi anak yang berjaya kelak.

Penerima zakat & tinggal di flat terbiar

Menambah info berkaitan pelajar tahun satu itu, @reezmell memaklumkan yang kanak-kanak tersebut tinggal bersama ibunya di rumah flat yang sudah ditinggalkan kerana tidak perlu membayar sebarang sewa.

Aqila juga mempunyai 5 orang adik beradik serta pihak Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) sekolah telahpun membuat kutipan sumbangan untuknya. Mereka juga adalah penerima zakat dan menerima RM500 setiap bulan.

sumber:@reezmell