eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Suami Jasmin Hamid rayu netizen hentikan komen lucah “Kalau tak suka, boleh abaikan kami”

 


Beberapa hari lepas, industri seni dikejutkan berita pelakon cantik, Jasmin Hamid dikejarkan masuk ke Unit Rawatan Koronari (CCU) akibat serangan jantung dan perkara tersebut dimaklumkan oleh suaminya menerusi hantaran di laman Instagram.

Terima komen lucah

Disaat ramai mendoakan kesembuhan Jasmin Hamid, masih terdapat segelintir netizen menambahkan bebanan sakit dan dosa sedia ada mereka.

Menerusi tangkap layar yang dimuat naik di laman Facebook milik Jasmin Hamid, dilihat ramai warganet masih berfikiran ‘kotor’ apabila mengaitkan  serangan jantung yang dialami oleh pelakon itu dengan hubungan seksual bersama suami mudanya.





Suami luah kecewa, rayu netizen hentikan

Hati suami mana yang tidak kecewa dan benggang apabila membaca komen-komen yang keterlaluan disaat isterinya sedang bertarung nyawa.

Oleh itu, Nazmir Abdul Rahman, suami kepada Jasmin yang juga merangkap kepada pengurus peribadi merayu kepada netizen supaya berhenti meninggalkan komen-komen berbaur lucah.

Pada masa yang sama, Nazmir meminta mereka menghormati keadaan yang dialami oleh isterinya pada ketika ini.

“Saya mohon hentikanlah komen-komen sebegini kerana takut apabila Jasmin terbaca, dia akan bertambah sakit…”luahnya.


Kalau tak suka boleh abaikan kami…

Tambah Nazmir, orang ramai dialu-alukan untuk mengabaikan mereka sekiranya tidak menyukai dengan hubungan suami isteri yang terjalin antara dia dan Jasmin.

“Kalau tak suka kami, abaikan kami…”tulisnya di Facebook peribadi milik Jasmin Hamid semalam.



“Saya kahwini Jasmin kerana Allah…”

Sedar isteri menerima kritikan kerana mengahwini lelaki muda, Nazmir tampil bersuara menyatakan dirinya berkahwin dengan Jasmin kerana Allah S.W.T. dan bukannya atas sebab harta seperti yang didakwa oleh warganet.