eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Kerana Rindukan Mekah,Penduduk Kampung Bina Masjid Mirip Kaabah

 


Musim haji sudah tiba lagi. Dengan pandemik yang sudah mulai dapat dikendali, umat Islam di seluruh dunia kembali menjadikan kota suci itu tumpuan selepas hampir dua tahun jemaah yang mengerjakan ibadah tersebut terpaksa dihadkan.

Sebut sahaja tentang ibadah haji dan umrah, pasti kita semua akan teringatkan tentang binaan Ka’abah yang menjadi kiblat buat seluruh umat Islam di dunia.

Berdiri teguh di Masjidil Haram, setiap umat Islam yang melihatnya pasti akan berasa sebak dan terus terkenang akan kebesaran Allah S.W.T.



Bina masjid mirip Ka’abah

Namun begitu, menerusi laporan dari media  Suara.com, satu binaan masjid yang sedang dibangunkan di Desa Mukapayung, Kecamatan Cililin, Kabupaten Bandung Barat, Jawa Barat telah menjadikan rekaan Ka’abah sebagai rujukan untuk membina masjid baharu disitu.

Dalam perkongsian yang dimuat naik oleh @terangmedia, dapat dilihat yang masjid tersebut dibangunkan hampir sama seperti Ka’abah.

Menurut kapsyen yang ditinggalkan, ia dibuat sebegitu rupa adalah untuk melepaskan rindu terhadap kota Mekah yang jauh beribu-ribu kilometer dari Indonesia.



Melihat dari posting yang dibuat itu, masjid berkenaan turut dicat dengan warna hitam dan berbentuk kotak. Walau bagaimanapun ia masih belum siap sepenuhnya.

Difahamkan, pembinaan masjid tersebut telah mendapat respon yang pelbagai daripada warganet tempatan kerana terkejut melihat persamaan yang cuba mereka lakukan.

Sumber: Suara.com (Dany Garjito /Fita Nofiana), Instagram terangmedia