eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Netizen terpukau Zahirah Macwilson cakap Inggeris"Bestnya english dia"

 


Pelakon kacukan Melayu-Australia yang membesar di bumi kanggaru ini bukanlah asing lagi bagi ramai, Zahirah Macwilson yang kini semakin bahagia bersama suami, Aiman Hakim Ridza dan putera mereka.


Lakonan Zahirah Macwilson dalam beberapa buah drama mencetuskan namanya sering menjadi perhatian buat peminat drama tempatan yang diakui ada netizen yang rindu dengan lakonannya di kaca televisyen.

Pun begitu, melihatkan pula bagaimana Zahirah Macwilson yang muncul sebagai hos rancangan Cosplay Heroes mencetuskan ramai kagum dan terpukau apabila dia cakap Inggeris dalam rancangan tersebut.

Untuk info, Cosplay Heroes merupakan rancangan realiti berkonsepkan cosplay yang boleh ditonton ramai menerusi iflix di Malaysia manakala pelakon jelita itu menjadi hos.

Melalui satu perkongsian video yang tular ini pula menyebabkan Zahirah Macwilson yang cakap Inggeris ini menjadi perbualan ramai netizen yang suka mendengarkan cara lontarannya apabila bercakap.

@fansofisaacraees 😁 #zahirahmacwilson #cosplayheroes #aimanhakimridza #isaacraees #zahirah ♬ original sound - Aiman Hakim Zahirah Isaac

Perkongsian fansofisaacraees tersebut dalam pada masa sama menarik perhatian lebih 47,000 warganet meninggalkan tanda suka dan menghujani ruangan komen dengan reaksi senang menonton Zahirah dalam rancangan tersebut.