eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Pelakon Orang British Dalam Mat Kilau, “Lahhh Dia Rupanya”

 


Filem yang menjadi bualan hangat warganet hari ini, Mat Kilau sebuah karya hebat dari pengarah blockbuster, Syamsul Yusof. Menceritakan tentang pahlawan Tanah Melayu yang berani melawan penjajah British, setiap satu karakter dalam filem ini berjaya dilakonkan dengan baik sekali oleh para pelakonnya.

Dari sekecil watak, hero dan karakter penjahat, semuanya digarap dengan sempurna. Salah satu karakter yang mendapat perhatian penonton adalah Kapten Syers. Watak ini adalah seorang kapten dari British yang mana penjajah sangat kejam.


Menerusi satu perkongsian video oleh pemilik akaun TikTok dengan nama akaun Kaki Sibuk dipaparkan pelakon karakter orang British dalam Mat Kilau semasa mempromosikan filem tersebut. Berikut adalah rakaman yang dimuat naik itu:


@kakisibuk Geoff Andre Feyaerts nama pelakonnya guys #filemmatkilau #fyp #fypage #syamsulyusof #fattahamin #viral #filem #trending ♬ original sound - KakiSibuk

Lah…Memang nampak lain betul pelakon karakter orang British ini dari dalam filem tersebut dengan dunia nyata. Kemas solekan dan jambangnya cukup berbeza!

Pelakon bagi karakter ini adalah Geoff Andre Feyaerts yang mana dia bukanlah pendatang baru dalam industri hiburan tanah air. Sebelum ini pelakon lelaki ini pernah membintangi beberapa drama seperti Bisik-Bisik Gelora yang terpaling baharu.



sumber:kakisibuk