eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Pengantin India segak bersanding ikut adat Melayu,Majlis khas untuk rakan2

 


Kita biasa mendengar masyarakat Melayu melangsungkan majlis persandingan dengan tema Bollywood. Lagi-lagi jika mereka yang menganjurkan majlis malam berinai, pasti tema tersebut menjadi pilihan kerana terlihat ceria dengan warna-warni pakaian.

Namun, jarang kita lihat masyarakat India atau selain Melayu menggayakan busana tradisional masyarakat Melayu untuk majlis resepsi mereka.

Walaupun ada sahaja terjadi, namun ia tetap dianggap ‘rare’ dan unik jika ia dilakukan.

Ikut adat Melayu bersanding

Hal tersebut samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @pierre_emerick_lingesh apabila memuat naik video pasangan kaum India di Malaysia menggayakan pakaian pengantin seperti biasa kita lihat di majlis perkahwinan kaum Melayu ketika majlis resepsi mereka.
@pierre_emerick_lingesh #fypã‚· #bersanding #tiktokmalaysia🇲🇾 ♬ original sound - nightmonyet - danny phantom

Majlis dibuat khas untuk rakan2 pengantin

Menurut pengguna TikTok itu lagi, kedua-dua mereka beragama Hindu dan sudah melangsungkan perkahwinan mengikut adat mereka, namun mengadakan satu lagi majlis untuk meraikan rakan-rakan pengantin lelaki yang juga seorang anggota polis.


Cantik bersongket, berbaju Melayu

Dapat dilihat pengantin lelaki segak menggayakan baju Melayu lengkap bertanjak serta bersampin dan pengantin perempuan cantik menggunakan baju songket sambil diarak untuk ke pelaminan.


Semangat muhibbah, cantik sangat!

Perkongsian tersebut telah mendapat  perhatian ramai dan menerima komen-komen positif daripada warganet yang rata-rata senang hati melihat majlis yang istimewa itu.

Mereka juga percaya bahawa perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia masih utuh dan ia membuktikan sebenarnya kita semua hidup dalam keadaan yang cukup harmoni serta saling bergandingan.