eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Pergi bercuti dengan keluarga,Nelydia Senrose dah buka tudung?

 


Sejak pulang dari mengerjakan umrah, pelakon cantik, Nelydia Senrose, 27 atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen dilihat tampil dengan imej bertudung.

Walaupun tidak mengiyakan bahawa dirinya sudah mantap berhijab, namun melihat dari posting-posting di Instagram telah menjelaskan hal tersebut.

Dalam kenyataannya di media juga turut meminta agar orang ramai dapat mendoakan perkara yang baik-baik untuknya dan tidak mahu berubah secara drastik kerana masih lagi belajar.




Bercuti dengan keluarga

Walau bagaimanapun, menerusi satu posting yang diperoleh daripada media sosial ahli keluarganya,  Nelydia dilihat tampil tidak berhijab ketika sama-sama menikmati percutian mereka.


Dah tak bertudung ke?

Sudah tentu perkara berkenaan menjadi pertanyaan ramai memadangkan pelakon Khilaf Asmara ini kerap tampil bertudung sejak awal tahun lagi.

Walau bagaimanapun hal tersebut masih lagi menjadi tanda tanya kerana belum ada sebarang penjelasan daripada Nelydia.

Terdahulu, adik kepada pelakon terkenal, Uqasha Senrose ini tampil berhijab seusai menunaikan umrah buat kali ketiga Disember tahun lalu.

Selepas selesai beribadah, dia dan suami telah bercuti ke negara-negara Timur Tengah dan disana dia masih lagi bertudung.


Diharap usaha pelakon itu untuk berubah menutup aurat sepenuhnya masih terus membara.

Dia juga kemudian dilamar oleh satu syarikat jenama tudung sebagai wajah wakilan koleksi raya yang dilancarkan pada 31 Mac lalu.